Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (as-Salam) Ar Yang Maha Sejahtera (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Salam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salam certificatessijil salamEkonomiEkonomi IslamSijil yang mencatatkan tawaran pengeluar untuk menjual kuantiti barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti pada harga yang ditetapkan berdasarkan prinsip bai‘al-salam. Pengeluar boleh menggunakan dana tunai yang diperoleh secara terus dan menawarkan komoditi tersebut pada masa hadapan. Pemegang sijil boleh menjual sijilnya mengikut harga di pasaran apabila barangan dan perkhidmatan tersebut telah wujud. Lihat juga bon salam.
Islamic monetary systemsistem monetari IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang menjalankan pembiayaan ekuiti dan hutang berasaskan akad Islam. Sistem ini mengandungi instrumen, institusi, pasaran dan peraturan tentang kelakuan urus niaga yang dapat mempercepat laluan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Pembiayaan ekuiti dilakukan melalui akad perkongsian (al-Mudarabah dan al-Musyarakah). manakala pembiayaan hutang menggunakan akad hutang seperti akad jualan harga tertangguh (al-Bai‘ Bithaman ‘Ajil), jualan dengan tambahan untung (al-Bai‘ al-Murabahah), akad sewaan (al-Ijarah), jualan salam (bai‘ al-salam), jualan tempahan (Bai‘ al-Istisna’. Sistem ini juga menyediakan perkhidmatan pembayaran, menggerakkan tabungan dan menentukan margin keuntungan bagi pembiayaan hutang.

Kembali ke atas