Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Maha Pemberi (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Wahhab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-WAHHAB

Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab (1115 H.–

1206 H./1703 M.–1792 M.), syeikh pendakwah

Islam dan tokoh tajdid zaman moden. Dia lahir di

kampung al-‘Uyaynah di Najd, Arab Saudi dan

belajar al-Qur’an dan hadith daripada bapanya.

Kemudian Muhammad mengembara mencari

ilmu hingga sampai ke Iraq, Madinah dan

Makkah. Dia mendalami ilmu syariah dan

menemui para fuqaha’, berbincang dan berbahas

sesama mereka.

UMUM 
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB

Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah

ensiklopedia komprehensif sastera yang

mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis

oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al-

Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang

diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30

jilid yang berpandukan sumber-sumber yang

berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala

kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan

ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana

kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat

analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia

yang komprehensif. Ia juga menunjukkan

perkembangan penulisan dan pembahagian bab.

Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya

kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang

dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya,

dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu

dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian.

Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa

bab dan fasal.

UMUM 
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
MAHMUD II

Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)

ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid

I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.

Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan

nama Istanbul) dan menduduki takhta

pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV

pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan

dengan gerakan pembaikan dalaman bagi

menyusun semula kerajaan dan memerangi

gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam

Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini

mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam

Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan

dengan penyusunan tentera Turki dan

menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang

teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada

tahun 1241 H./1825 M.

UMUM 

Kembali ke atas