Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.i.ja.rah] | الاجاره

Definisi : konsep perbankan Islam yg merujuk kpd persetujuan bahawa bank sbg pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kpd pelanggan utk suatu tempoh tertentu, dgn bayaran sewa yg dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-ijarah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
al-ijarahsewa;pajakEkonomiTiadaTiada
al-ijarahsewa;pajakEkonomiTiadaTiada
asset-backed securitysekuriti asas asetEkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang menunjukkan tuntutan ke atas aliran tunai terhasil daripada sekumpulan aset yang diurusniagakan. Prinsip yang digunakan untuk menerbitkan instrumen ini seperti al Ijarah, musyarakah atau mudarabah. Proses menerbitkan instrumen melalui dua peringkat, iaitu: i. Pemilik aset menjual asetnya kepada syarikat perkongsian dan syarikat menyewakannya berdasarkan prinsip ijarah untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan. ii. Syarikat akan menerbitkan sijil amanah yang berasaskan prinsip musyarakah atau mudarabah untuk membeli aset tersebut. Aliran tunai yang diperoleh oleh syarikat dalam bentuk sewaan akan dikongsi dengan pemegang sijil. Pemilik aset yang asal boleh menjadi penyewa dan juga rakan kongsi dalam syarikat.
sukuk/trust certificatesukukEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Perolehan boleh dituntut oleh pemegang sijil berdasarkan kepada prinsip tertentu seperti prinsip al-ijarah, musyarakah dan mudarabah. Sekiranya aset tersebut boleh diniagakan maka sijil tadi dikenali sebagai sijil aset kewangan boleh niaga. Sebaliknya jika aset tersebut tidak boleh diniagakan maka sijil berkenaan dikenali sebagai sijil kupon sifar tak boleh niaga. Contohnya sukuk ijarah, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.
sukuk ijarahsukuk ijarahEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Pengeluar sukuk kemudiannya menjual aset dan/atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. iv. Seterusnya pengeluar sukuk menyewa semula aset dan/atau perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk. Contohnya sukuk al-ijarah bernilai RM100 juta yang diterbitkan oleh Majlis Tempatan Pasir Gudang. Bangunan dan peralatan yang dipunyai oleh majlis tempatan dijual untuk tempoh 10 tahun kepada syarikat bertujuan khas (SPV) yang kemudiannya disewakan semula kepada Majlis Tempatan Pasir Gudang untuk tempoh 10 tahun. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada sewaan.
tradable sukuksukuk boleh niagaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini sah kerana tidak mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah. Syarat utama untuk membolehkan sijil ini boleh diniagakan ialah aset pendasar urusan ini telah wujud. Contohnya aset pendasar bagi sukuk al-Ijarah ialah bangunan yang disewakan. Sukuk tak boleh niaga seperti sukuk al-istisna’ akan menjadi boleh niaga dengan syarat kewujudan aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil aset kewangan Islam boleh niaga.
Islamic monetary systemsistem monetari IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang menjalankan pembiayaan ekuiti dan hutang berasaskan akad Islam. Sistem ini mengandungi instrumen, institusi, pasaran dan peraturan tentang kelakuan urus niaga yang dapat mempercepat laluan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Pembiayaan ekuiti dilakukan melalui akad perkongsian (al-Mudarabah dan al-Musyarakah). manakala pembiayaan hutang menggunakan akad hutang seperti akad jualan harga tertangguh (al-Bai‘ Bithaman ‘Ajil), jualan dengan tambahan untung (al-Bai‘ al-Murabahah), akad sewaan (al-Ijarah), jualan salam (bai‘ al-salam), jualan tempahan (Bai‘ al-Istisna’. Sistem ini juga menyediakan perkhidmatan pembayaran, menggerakkan tabungan dan menentukan margin keuntungan bagi pembiayaan hutang.

Kembali ke atas