Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.mu.ba.rak] | المبارک

Definisi : Ar yg beroleh berkat: Ramadan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-mubarak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon semak ayat di BANNER bawah untuk iklan Yayasan Restu. "DAPATKAN AL QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa06.05.2015
Salam, Mohon semak penggunaan ejaan dan bahasa untuk di cetak di BANNER. Ayatnya ialah: DAPATKAN AL-QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan. Tatabahasa06.05.2015
Salam tuan di talian, Tuan tidak menjawab soalan kedua yang saya kemukakan tempoh hari. 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasihAyat yang gramatis ialah Di manakah letaknya kampung Danial?Tatabahasa23.07.2012
Salam tuan di talian, Adakah ayat di bawah betul penggunaan kata tanyanya. 1. (a) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? atau (b) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah berapa ekorkah arnab yang dipelihara oleh Danial?Tatabahasa19.07.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be.Tatabahasa29.12.2014

Kembali ke atas