Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.mu.da.ra.bah] | المضاربة

Definisi : konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud pihak pemodal mem­biayai pengusaha dgn pembahagian keuntung­an yg dipersetujui bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-mudarabah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic negotiable certificate of deposit (INCD)sijil deposit boleh niaga IslamEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan deposit yang disimpan mengikut akad al mudarabah di institusi kewangan Islam untuk tempoh dan jumlah yang tertentu. Deposit ini boleh dipecahkan kepada beberapa sijil dengan denominasi tertentu untuk diurusniagakan di pasaran peringkat kedua. Pemilik sijil boleh menjualnya sebelum tempoh matang kepada pihak lain untuk mendapat tunai dengan segera.
Islamic monetary systemsistem monetari IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang menjalankan pembiayaan ekuiti dan hutang berasaskan akad Islam. Sistem ini mengandungi instrumen, institusi, pasaran dan peraturan tentang kelakuan urus niaga yang dapat mempercepat laluan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Pembiayaan ekuiti dilakukan melalui akad perkongsian (al-Mudarabah dan al-Musyarakah). manakala pembiayaan hutang menggunakan akad hutang seperti akad jualan harga tertangguh (al-Bai‘ Bithaman ‘Ajil), jualan dengan tambahan untung (al-Bai‘ al-Murabahah), akad sewaan (al-Ijarah), jualan salam (bai‘ al-salam), jualan tempahan (Bai‘ al-Istisna’. Sistem ini juga menyediakan perkhidmatan pembayaran, menggerakkan tabungan dan menentukan margin keuntungan bagi pembiayaan hutang.
asset-backed securitysekuriti asas asetEkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang menunjukkan tuntutan ke atas aliran tunai terhasil daripada sekumpulan aset yang diurusniagakan. Prinsip yang digunakan untuk menerbitkan instrumen ini seperti al Ijarah, musyarakah atau mudarabah. Proses menerbitkan instrumen melalui dua peringkat, iaitu: i. Pemilik aset menjual asetnya kepada syarikat perkongsian dan syarikat menyewakannya berdasarkan prinsip ijarah untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan. ii. Syarikat akan menerbitkan sijil amanah yang berasaskan prinsip musyarakah atau mudarabah untuk membeli aset tersebut. Aliran tunai yang diperoleh oleh syarikat dalam bentuk sewaan akan dikongsi dengan pemegang sijil. Pemilik aset yang asal boleh menjadi penyewa dan juga rakan kongsi dalam syarikat.
sukuk/trust certificatesukukEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Perolehan boleh dituntut oleh pemegang sijil berdasarkan kepada prinsip tertentu seperti prinsip al-ijarah, musyarakah dan mudarabah. Sekiranya aset tersebut boleh diniagakan maka sijil tadi dikenali sebagai sijil aset kewangan boleh niaga. Sebaliknya jika aset tersebut tidak boleh diniagakan maka sijil berkenaan dikenali sebagai sijil kupon sifar tak boleh niaga. Contohnya sukuk ijarah, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.

Kembali ke atas