Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.mu.ra.ba.hah] | المضاربة

Definisi : konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud penjualan barangan (yg dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kpd pembeli yg membayarnya secara ansuran dgn harga yg melebihi harga asal mengikut per­setujuan bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.mu.ra.ba.hah] | المضاربة

Definisi : konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud penjualan barangan yg dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kpd pembeli yg membayarnya secara ansuran dgn harga yg melebihi harga asal, mengikut persetujuan bersama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-murabahah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ dainbai‘ dain/jual beli hutangPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli sekuriti hutang, hasil daripada aktiviti perniagaan kredit yang selaras dengan syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil dan al-murabahah. Jual beli ini mempunyai risiko kegagalan yang rendah. Sekuriti hutang yang berasal daripada pinjaman wang tidak dibenarkan untuk mengelakkan riba. Contohnya, pihak bank membeli sekuriti hutang yang akan matang dalam tempoh 3 bulan, bernilai RM20,000 daripada pelanggan dengan membayar harga tunai terdiskaun RM19,000 terhadap sekuriti hutang itu.
Islamic monetary systemsistem monetari IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang menjalankan pembiayaan ekuiti dan hutang berasaskan akad Islam. Sistem ini mengandungi instrumen, institusi, pasaran dan peraturan tentang kelakuan urus niaga yang dapat mempercepat laluan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Pembiayaan ekuiti dilakukan melalui akad perkongsian (al-Mudarabah dan al-Musyarakah). manakala pembiayaan hutang menggunakan akad hutang seperti akad jualan harga tertangguh (al-Bai‘ Bithaman ‘Ajil), jualan dengan tambahan untung (al-Bai‘ al-Murabahah), akad sewaan (al-Ijarah), jualan salam (bai‘ al-salam), jualan tempahan (Bai‘ al-Istisna’. Sistem ini juga menyediakan perkhidmatan pembayaran, menggerakkan tabungan dan menentukan margin keuntungan bagi pembiayaan hutang.

Kembali ke atas