Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® alah IV. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar atas, akan, kepada, pada; ~ kadarnya menurut kesanggupannya, sekadarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar tinggi; terala sl termulia, tertinggi: barang lakunya ~ drpd raja-raja yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : atas; akan; kepada; pada: ~ kadar menurut kemampuan atau kesanggupan; sekadarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : mengikut cara; secara: masakan ~ Perancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak buat pengesahan bahasa untuk nama kedai 'Ala Ala Kampung Kita'Kami cadangkan nama Selera Kampung  atau nama lain yang menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu digunakan dalam penamaan kedai dan tempat awam. Nama Ala-ala Kampung Kita boleh diterima jika telah didaftarkan sedemikian.Tatabahasa02.07.2012
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
Cadangan untuk memperelok PRPM: tambahkan fungsi paparan penuh. Contohnya: bahagian peribahasa atau kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris diperlihatkan sebagai satu senarai lengkap (ala-ala buku) supaya dapat dilayari sahaja tanpa buat pencarian.Tuan/Puan,

Kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab.
Lain-lain15.03.2019
Bagaimana menulis perkataan yang ada 'ala' di hadapannya. Contoh: Ala Inggeris. (mirip-mirip Inggeris). Perlukah diletakkan tanda sempang di hadapan perkataan Inggeris itu? Contoh: Ala-Inggeris.Ejaan yang betul ialah ala Inggeris.Ejaan02.12.2011
tuan, ala-Barat atau ala barat? TQEjaan yang betul ialah ala BaratEjaan24.01.2012
Saya ingin bertanya tentang ayat ini, mana yang betul dan sesuai untuk digunakan. "Masakan ala Portugal / Masakan ala Portugis"Jawapan yang betul ialah "Masakan ala Portugis".Tatabahasa15.05.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'ala' dalam tajuk, harus menggunakan huruf kecil atau besar? Contoh: 'Resepi Hebat Ala Barat' atau 'Resepi Hebat ala Barat'? Sekian, terima kasih.Perkataan yang dikecilkan dalam tajuk ialah jenis kata sendi seperti dan, untuk , kepada dan sebagainya.  "Ala" pula berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud menurut gaya.  "Ala" bukan kata sendi.  Jadi perkataan "ala" tidak perlu dikecilkan.Lain-lain19.12.2014
tuan sekadar pertanyaan dan pengesahan: untuk tulisan seperti dibawah 1. ALA-CARTE (12PM - 11PM) 2. AYAM & BURUNG PUYUH BEREMPAH mohon pengesahan tuan. terima kasih Jamaliah BaharudinSila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.Tatabahasa26.12.2013
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
slm. Boleh tuan/puan semak ayat di bawah betul atau tidak. Burung hantu boleh memlaingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. ke[ala burung hantu mampu berpusing dalam 270 darjah. Jadi, dengan mudah burung hantu melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya.
Ayat yang betul ialah burung hantu boleh memalingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. Kepada burung hantu mampu berpaling dalam 270 darjah. Sehubungan dengan itu, burung hantu mudah melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya.
Lain-lain05.12.2018
12

Kembali ke atas