Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.han] | الهن

Definisi : keadaan alah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
histaminehistaminaHerbaPemiawaianBahan yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Kesan histamina boleh dikurangkan dengan mengambil minyak pati daripada daun sirih (Piper betle).
antihistamineantihistaminaHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan tindakan histamina yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) atau rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antihistamina.
fixed drug eruptionletusan tetap ubatPerubatanTiadaSejenis lesi kulit yang berlaku akibat alahan terhadap ubat tertentu. Keadaan ini terjadi pada tempat yang sama setiap kali berlaku alahan tersebut. Ia berbentuk bulat atau bujur, berwarna merah dan gatal serta berair dan berasa sakit. Keadaan ini terjadi selepas 30 minit hingga lapan jam selepas mengambil ubat berkenaan dan biasanya berlaku pada bahagian mulut dan kemaluan. Pada awalnya, hanya satu letusan terjadi tetapi bilangannya akan bertambah sekiranya pengambilan ubat tersebut berulang. Letusan tersebut akan hilang apabila pengambilan ubat berkenaan dihentikan.
mast cell stabilizerpenstabil sel mastPerubatanTiadaKumpulan ubat yang berfungsi menghalang rembesan bahan mediator tindak balas alahan seperti histamina dan leukotrin dari sel mast. Ubat daripada kumpulan ini digunakan dalam rawatan atopi seperti asma dan rinitis alahan. Ia perlu diambil secara sedutan atau semburan dalam jangka masa beberapa minggu bagi menghasilkan kesan terapeutik. Contoh ubat ialah Sodium Cromoglycate dan Nedocromil Sodium. Ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang ketara.
anaphylactic shockkejutan anafilaksisFarmasiFarmakologiTindak balas alahan teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan kadangkalaboleh membawamaut Ciri-ciri kejutan anafilaksis yang dikenal pasti adalah seperti penurunan mendadak pada tekanan darah disebabkan pengembangan salur darah, urtikaria dan kesukaran bernafas akibat kekejangan bronkus yang disebabkan oleh pendedahan kepada sesuatu bahan asing seperti drug, vaksin dan bisa serangga seperti lebah. Individu yang mengalaminya biasanya pemah terdedah kepada bahan-bahan tersebut pada peringkat awal. Bahanbahan tersebut bertindak sebagai antigen, merangsang tindak balas imun permulaan semasa pendedahan yang pertama, menyebabkan tindak balas serta-merta yang lebih teruk semasa pendedahan kedua. Tindak balas pada pendedahan kedua ini dikenali sebagai reaksi hipersensitiviti serta-merta. Reaksi tersebut boleh mengakibatkan maut jika rawatan kecemasan seperti suntikan epinefrina tidak diberi segera. lndividu yang mengalami alahan ini selalunya mempunyai sensitiviti yang melampau terhadap kehadiran sesuatu bahan di dalam tubuh badan.
allergy(alahan/alergi)GerontologiTiadaKerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan, biasanya protein yang boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
alealahanMakanan dan PemakananTeknologi MakananMinuman beralkohol yang diperbuat daripada malt,hop, yis, air dan malt tambahan melalui proses penapaian dengan menggunakan yis. Ale biasanya berwarna pucat dan berasa masam dan tajam.
allergyalahanMakanan dan PemakananPemakananLihat alergi.
progressive failurealahan progresifGeografiTiadaTiada
slab failurealahan papakGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas