Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bendera, panji-panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini ciptaan Tuhan. ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. pengalaman apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam,
     tak berbumi tempat tegak.

Bermaksud :

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kingdomalamGeologiTiadaAlam: Kategori terbesar dalam pengelasan benda hidup, iaitu alam tumbuhan dan alam haiwan.
kingdomalamPerubatanTiadaAlam: Kategori terbesar dalam pengelasan benda hidup, iaitu alam tumbuhan dan alam haiwan.
universealam semesta statik; semesta/sejagat;MatematikTiadaAlam semesta dianggap oleh penentang teori alam semesta mengembang sebagai alam semesta tertutup berisi padu terhingga.
naturesemula jadi; keadaaan; alam semula jadi; alam; tabiat; tabii; hakikat; alamiahBiologiTiada1. Keadaan atau alam semula jadi.,2. Jumlah pewarisan, genatip sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengaruh sekitaran atau sekitaran.,3. Tabiat, alam, alamiah.
escapismeskapismeKesusasteraanTiadaKeadaan yang mengalihkan perhatian atau fikiran seseorang kepada satu alam lain, umpamanya memasuki alam khayal, melalui alam hiburan.
ecocidepemusnahan alam sekitarAlam SekitarTiadaKerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya.
infinity of the universeketakterhinggaan alam semesta/infiniti alam semestaMatematikTiadaAlam semesta ini dipercayai tidak berkesudahan kerana terdapat teleskop yang lebih besar melihat lebih jauh lagi dan dapat menyingkap lebih banyak galaksi di kawasan yang lebih jauh.
environmental technologyteknologi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih.
spiritual worldalam kerohanianPendidikanTiadaKewujudan sesuatu fenomena yang tidak dapat dilihat dan disentuh seperti alam ketuhanan dan alam fikiran.
act of Godbencana alamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKejadian alam atau kesan semula jadi yang berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir akan menghalang sesuatu pihak daripada melaksanakan kewajipan mereka di sisi undang-undang antarabangsa. Bencana alam akan membebaskan pihak tersebut daripada sebarang liabiliti atau dipertanggungjawabkan atas perlanggaran kewajipan. Contohnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian antarabangsa, terdapat klausa umum berkenaan bencana alam yang menyatakan bahawa sesuatu pihak itu akan dikecualikan daripada dipertanggungjawabkan apabila sesuatu bencana alam berlaku.
12345678910...

Kembali ke atas