ALANG RENTAK SERIBU | ALANG RENTAK SERIBU, drama karya Syed Alwi Syed Hassan yang diterbitkan oleh Kumpulan Seni Teater Malaysia pada tahun 1973. | BUDAYA | Konsep |
MAHSURI | Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah tujuh keturunan’. | UMUM | |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
DAENG KEMBOJA | DAENG KEMBOJA (? -1777), Yang Dipertuan Muda Riau yang ketiga (1745). Dia lahir di Siantan. Bapanya Daeng Parani putera sulung Raja Bugis, Opu Tendribureng Daeng Rilaka. Ibu Daeng Kemboja orang Siantan, anak Nakhoda Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD | RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSATUAN MELAYU SELANGOR | PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan. Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari). Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam. Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL | SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873). Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854. ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam. Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’. Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah. Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa. Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN IDRIS MURSYIDUL A'DZAM SYAH I | Kapsyen : Sultan Idris Mursyidul A’dzam Syah I SULTAN IDRIS MURSYIDUL A’DZAM SYAH I (1848-1916), Sultan Perak yang ke-28 (1887-1916). Baginda diputerakan pada 19 Jun 1848 di Kuala Keboi, Kampar, Perak. Baginda adalah putera ketiga Bendahara Raja Alang Iskandar dan sepupu kepada Sultan Abdullah (1874-1876). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |