Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Peribahasa

Akan pembasuh kaki (= tangan).

Bermaksud :

Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAS KAKI

ALAS KAKI, pakaian kaki seperti selipar, sepatu, kasut  kayu, kasut rumput (selipar daripada anyaman rumput), capal, terompah, sandal dan lain-lain.

BUDAYAKonsep
KASUT KAYU

Kasut kayu, atau clog ialah sejenis alas kaki yang

kebanyakannya dipakai oleh orang yang tinggal di

kawasan rendah dan lembap di Belanda. Kasut ini

dikenali sebagai klompen oleh orang Belanda.

UMUM 
SANTA ANA

Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua

terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan

pusat perdagangan yang penting, terutamanya

untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian

lain yang penting di Santa Ana termasuk

pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan

tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga

mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah

sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador

(peta politik).

UMUM 
TEROMPAH

TEROMPAH, alas kaki bertapak kayu atau kasut kayu dengan permukaannya diperbuat daripada kepingan getah (strap) yang dipaku di kedua-dua sipi tapaknya. Terompah kayu biasanya berwarna merah dan permukaannya juga daripada plastik berwarna merah atau berwarna-warni. Ada juga terompah kayu berwarna asli dan permukaannya diperbuat daripada getah tiub berwarna hitam.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas