Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.san] | السن

Definisi : 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pen­dapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demi­kian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.san] | السن

Definisi : sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alasan

Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boycottboikotSejarahTiadaPerbuatan memulau sesuatu perkhidmatan, polisi, dasar atau pengeluaran atas alasan-alasan ekonomi atau politik.
boycottboikotUndang-undangTiadaPerbuatan memulau sesuatu perkhidmatan, polisi, dasar atau pengeluaran atas alasan-alasan ekonomi atau politik.
rule of reasonperaturan ikut alasanEkonomiTiadaPeraturan yang perlu dipatuhi berasaskan alasan dan rasional yang kukuh dan boleh dikecualikan jika ada alasannya yang munasabah.
polekutubMekanikGunaan1. Alasan bagi sistem koordinat kutub. Titik alasan itu merupakan silangan di antara paksi-r dengan paksi-q. 2. Titik rujukan yang digunakan apabila menentukan nilai momen sifatekun kutub. Lihat juga momen sifatekun kutub.
origin and destinationalasan dan destinasiKejuruteraanTiadaJumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat alasan menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk mengenal pasti corak perjalanan penduduk di sesuatu tempat.
military necessitykeperluan ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAlasan sah yang digunakan untuk melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan, walaupun serangan tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada populasi dan objek awam. Alasan sah tersebut boleh digunakan kerana tanpa serangan tersebut matlamat ketenteraan tidak akan dapat dicapai. Prinsip ini terpakai dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Contohnya, sekiranya musuh mempertahankan diri dengan menggunakan perisai manusia yang terdiri daripada orang awam, alasan keperluan ketenteraan boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menentang musuh tersebut. Dalam hal ini, serangan tersebut perlu dilakukan demi mencapai matlamat ketenteraan walaupun orang awam mungkin akan tercedera.
common law defensespembelaan common lawPentadbiran PerniagaanTiadaAlasan atau rayuan yang boleh menggagalkan dakwaan seseorang pekerja yang tercedera terhadap majikannya melainkan ada undang-undang pampasan pekerja atau liabiliti majikan. Tiga pembelaan atau alasan itu ialah kecuaian sertaan, risiko tertanggung dan peraturan kecederaan disebabkan oleh rakan sekerja.
casus bellialasan peperanganSains PolitikTiadaTiada
valuabale considerationalasan yang berhargaUndang-undangTiadaTiada
probable groundalasan barangkaliUndang-undangTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas