Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT MUZIK TABUH

Alat muzik tabuh, alat muzik yang menghasilkan bunyi dengan cara ditabuh atau dipalu.

KESENIANAlat/Alatan
PIKOLO

Pikolo ialah alat muzik tiupan yang paling kecil

dan mengeluarkan nada kelangsingan yang paling

tinggi. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan

flut atau seruling.

UMUM 
ALAT MUZIK BERTALI

Alat muzik bertali ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi pada bahagian tali.

KESENIANAlat/Alatan
PIPE

Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur

kepada organ pipe pada masa kini dan alat tiup

yang lain. Pipe mungkin merupakan alat muzik

yang paling tua. Menurut legenda Yunani, pipe

mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ).

Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai

pipe primitif.

UMUM 
MUZIK KLASIK

Muzik klasik ialah muzik yang ditulis khusus

untuk konsert, upacara keagamaan, dan untuk

opera dan balet. Muzik klasik juga termasuk

muzik bagi sekumpulan alat-alat muzik – seperti

orkestra simfoni – untuk persembahan suara dan

untuk persembahan alat muzik berserta gabungan

suara. Kadangkala muzik klasik dikenali sebagai

muzik seni . Kebanyakan muzik klasik lebih

kompleks daripada muzik popular, yang terdiri

daripada muzik country, muzik rakyat, muzik rock

dan jaz.

UMUM 
ALAT MUZIK TIUP

Alat muzik tiup ialah alat yang menghasilkan bunyi dengan cara ditiup.

KESENIANAlat/Alatan
KAYAGUM

Kayagum ialah sejenis alat muzik yang terdapat di Korea. Alat muzik ini mempunyai 12 tali, dan diperbuat daripada kayu paulownia.

KESENIANKonsep
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
SAKSOFON

Saksofon ialah alat muzik woodwind yang,

diperbuat daripada loyang. Ia terdiri daripada tiub

dengan pemipit di satu hujung dan berbentuk

seperti loceng yang terbuka di bahagian hujung

yang satu lagi. Saksofon mempunyai lubanglubang

yang dilitupi tuas-tuas yang dikenali

sebagai kekunci.

UMUM 
DULSIMER

Dulsimer ialah alat muzik bertali yang

dimainkan dengan pemukul kayu. Dulsimer ini

mempunyai antara 42 hingga 72 tali daripada keluli

yang diregang merentasi kotak kayu yang rata,

yang biasanya berbentuk trapezoid.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas