Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nafirinafiriMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis trompet. Nafiri merupakan tiub perak berbentuk kon tanpa lubang jari atau injap. Alat muzik ini hanya boleh menghasilkan beberapa pic sahaja. Nafiri menghasilkan bunyi bergaung dan kuat yang dimainkan dalam ensembel nobat. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek yang menandakan bahagian baru dalam sesebuah lagu nobat. Alat muzik trompet yang berasal dari Timur Tengah ini dibalut dengan kain berwarna kuning, iaitu warna diraja di Malaysia
shoshoMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aero­fon jenis paip berid yang tidak terkawal. Sho ialah sejenis organ mulut. Alat muzik ini terdiri daripada 17 batang bu­luh dan hampir serupa dengan alat muzik sheng. Sho dari Jepun memainkan gabungan kord dalam muzik gagaku, iaitu muzik diraja Jepun. Alat muzik ini mempunyai kaitan dengan alat muzik sheng dari China. Lihat juga organ mulut, sheng.

canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

caklempong pacikcaklempong pacikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara yang terdiri daripada set lima biji gong kecil berbusut. Gong kecil ini ditiunkan dalam sistem tiunan lima pic yang tidak diselaraskan. Alat muzik ini dipegang dengan tangan oleh dua hingga tiga orang pemain dan dipukul sccara bertingkah-tingkah dengan pemukul yang berbalut. Alat ini dimainkan dalam frasa melodi yang berulang-ulang. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel teater randai di Sumatera Barat dan di Negeri Sembilan. Caklempong pacik dikenali sebagai gong chime.

folk instrumentalat muzik rakyatKesenianTiadaAlat muzik tradisional rakyat.
tartarMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali se­bagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah.

saung gauksaung gaukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis hap. Saung gauk diperbuat daripada kayu dan badannya berbentuk perahu. Bahagian atas alat muzik ini ditutupi kulit kijang. Lengan yang melengkung dipasang pada badan saung gauk dan 14 atau 16 utas tali nilon dipa­sang antara badan dengan lengannya. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel tujuh pic dan diletakkan secara menegak di atas riba serta talinya dipetik dengan jari. Saung gauk dari Myanmar menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal klasik. Alat muzik ini dimainkan dalam kalangan orang Burman.

kemencekemenceMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimain­kan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab.

stromentato (It)stromentatoKesenianTiada1. Bahagian lagu untuk alat muzik.,2. Dengan iringan alat muzik.
jidurjidurMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Jidur ialah dram berbentuk tong pendek yang cembung. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini mempunyai satu atau dua permukaan kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Jidur dimainkan dalam ensembel muzik seperti kuda kepang oleh masyarakat berketurunan Jawa di selatan Semenanjung Malaysia.

12345678910...

Kembali ke atas