Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.tan] | التن

Definisi : , peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan mengenai istilah yang tepat untuk digunakan dalam bidang pertanian. Istilah yang mana yang tepat digunakan antara ini: alat membajak, alatan membajak, alat pembajakan, alatan pembajakan, alat pembajak, alatan pembajak? Terima kasih.Untuk makluman, membajak bermaksud menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala atau meluku. Pembajakan merupakan perbuatan membajak atau penenggalaan. Pembajak pula bermaksud alat untuk membajak atau tenggala. Manakala, alat dan alatan membawa maksud yang sama, iaitu peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu,  penggunaan yang betul ialah alat membajak dan alatan membajak.Makna02.06.2020
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
Soalan ini berbentuk dialog : 1. Selamat pagi, puan. Saya ingin membeli alatan untuk menjahit baju saya yang terkoyak ini. Apakah alatan yang saya perlukan ? Bolehkah dijawab seperti berikut, andainya tidak, tolong perbetulkan. Jawapan : a) Selamat pagi, puan. Alatan yang kamu perlukan ialah benang dan jarum. b) Selamat pagi, puan. Alatan yang diperlukan oleh puan ialah benang dan jarum.Untuk soalan tersebut, kedua-dua jawapan yang diberikan boleh digunakan.Lain-lain14.03.2017
Saya mohon pembetulan dibuat pada PRPM jika ada kesilapan dalam takrif atau contoh. isi rumah = Definisi : seluruh penghuni rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat) - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isi+rumah Dan bezakan antara rumah / isi rumah. Contoh" household appliance sepatutnya alatan rumah dan bukan alatan isi rumah. Di sini: household appliance = alatan rumah (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=household+appliance&d=226112&#LIHATSINI) Kebanyakan carian merekodkan household = rumah (sebagai bukan manusia (bukan isi rumah). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perkakas+rumah&d=102572&#LIHATSINI Walaupun boleh dijustifikasi bahawa alatan isi rumah itu betul, tetapi "isi" tidak diperlukan kerana kita faham barang2 itu di dalam rumah, maka memang untuk isi rumah gunakan. Harap mendapat perhatian segera. Terima kasih. Harap pembetulan ini disegerakan kerana saya lihat pengunaan isi rumah dalam konteks yang salah sudah meluas contohnya dalam katalog dalam talian

Terima kasih, kami  ambil  maklum saranan puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian  yang  bertanggungjawab untuk penambahbaikan.

Lain-lain18.10.2021
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil.

Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang.  Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut.         

Lain-lain28.04.2008
Salam, saya keliru dengan penggunaan kata pemeri ialah/adalah, sila lihat dua ayat berikut, "Bahagian penting setiap kraf memilih alatan yang sesuai untuk sesuatu tugas," "Bahagian penting setiap kraf ialah/adalah memilih alatan yang sesuai untuk sesuatu tugas." Dari segi tatabahasa ialah/adalah tidak boleh muncul di hadapan kata kerja. Oleh sebab itu saya keliru kerana ayat tanpa kata pemeri di atas seolah-olah tidak lengkap. Terima kasih.Ayat tersebut dapat ditulis seperti yang berikut:  Bahagian penting setiap kraf ialah bahagian memilih alatan yang sesuai untuk sesuatu tugas.Tatabahasa24.07.2012
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Adakah perkataan gejek sesuai digunakan untuk menggambarkan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat di rumah? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih sesuai?Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "gejek" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan.Istilah15.02.2017
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah perbezaan antara "Alat" dan "Alatan"? Kedua-dua perkataan ini merupakan terjemahan bagi "Tools". Saya ingin tahu perbezaan antara perkataan berkenaan serta penggunaan yang betul. Sila berikan penerangan anda. Terima kasih.Bergantung pada konteks penggunaan perkataan tersebut. lazimnya kata instrument diterjemahkan kepada alat, manakala tool atau gadget diterjemahkan kepada alat atau alatan. Tidak ada huraian yang jelas bagi membezakan kedua-dua kata ini.Makna02.06.2015
Salam, Apakah kata lain yang boleh digunakan untuk kata 'pencadang' yang merujuk kepada sistem/alatan/mekamisme? Terdapat istilah 'pengesyoran' dalam pangkalan data DBP, bagaimana pula dengan kata 'pengesyor'? Adakah terdapat kata terbitan lain dengan maksud yang sama daripada kata akar syor, saran, dll? Terima kasih.Soalan puan tidak jelas. Dalam data kami, pencadang bermaksud orang yang mencadangkan: pengusul, pencadang, penyaran dan pencalon.Tatabahasa17.01.2018
1234

Kembali ke atas