Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.bum] | البوم

Definisi : 1. buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dll): ~ yg mengandungi gambar-gambar pd hari perkahwinannya; 2. piring hitam yg mengandungi beberapa buah lagu: penyanyi yg telah berjaya meng­hasilkan beberapa buah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.bum] | البوم

Definisi : 1 buku tempat menyimpan atau tempat melekatkan gambar-gambar, setem dsb. 2 koleksi lagu dsb (oleh seseorang), yg terakam dlm kaset, CD dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata album


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
karya-karya puisi melayu yang dilagukan?Karya puisi Melayu yang dilagukan dalam bentuk album banyak terdapat dalam album Kumpulan KOPRATASA, Kumpulan HARMONI (Zubir Ali) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pihak DBP ada mengadakan sayembara mencipta lagu puisi berdasarkan puisi yang telah terbit. Sekian dan terima kasih.Lain-lain05.02.2009
Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP.Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. Tatabahasa13.05.2014
1. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong di dalam album. 2. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album. tumpang tanya encik/puan, ayat mana yang betul di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album."Lain-lain09.08.2022
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan ke/kepada: 1a) Salin Foto anda daripada Album Foto kepada Google Photos. 1b) Sailn Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2a) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 2b) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik ke 10 GB. 3a) Muat naik foto dan video kepada Pustaka Google Photos. 3b) Muat naik foto dan video ke Pustaka Google Photos. 4a) Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda. 4b) Tukar ke paparan pustaka peribadi anda. Terima kasih kerana membantu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa manakala "kepada" merupakan kata untuk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri),  terhadap, akan atau  daripada, pada
 
Ayat yang betul ialah:
1. Salin Foto anda dari Album Foto ke Google Photos.
2. Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB.
3. Muat naik foto dan video melalui Pustaka Google Photos.
4. Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda.

Tatabahasa17.05.2023
Assalamualaikum WBT.. Saya dalam proses menyiapkan album nasyid dibawah bimbingan kumpulan Hijjaz. Anggotanya 6 lelaki (pensyarah) dan 3 perempuan (pelajar). Mohon pandangan dan cadangan pihak tuan untuk memberikan nama kumpulan nasyid ini.

Kami mohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas terhadap pertanyaan sdr. Hal ini kerana pertanyaan sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Dewan yang meliputi :

Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain03.07.2010
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih.Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.Lain-lain13.04.2012
Soalan saya berkenaan perkataan "debut" dalam pangkalan data Bahasa Melayu. Adakah ia boleh digunakan sebagai kata kerja dan kata nama? Contoh ayat: - Maaf, saya akan debut dahulu. (Debut sebagai kata kerja) - Penyanyi itu mempunyai rekod jualan album debut yang tertinggi. (Debut sebagai kata nama).Debut boleh digunakan sebagai kata nama dan kata kerja bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. Kata ini telah terakam dalam kamus terbitan DBP yang terkini. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 494) yang merakamkan kata tersebut berserta kata terbitannya, maklumat lain seperti ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata, label laras bahasa, pecahan makna dan contoh penggunaannya.Makna27.06.2023

Kembali ke atas