Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lih.a.lih] | اليه ٢

Definisi : dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih-alih

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasihAyat pertama dan kedua adalah betul.Tatabahasa08.08.2013
Penggunaa istilah tablet adalah termasuk dalam kumpulan peranti mudah alih ATAU aplikasi mudah alih ATAU perkakasan mudah alih....Antara ketiga kumpulan ini, yang mana kategori tablet komputerPerkataan "peralatan mudah alih" atau "alikasi mudah alih" atau "peranti mudah alih" dalam bahasa Inggeris ialah "mobile application". Perkataan "tablet komputer" masih digunakan sebagai "tablet komputer".Istilah27.10.2014
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih.1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih?
2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini).
3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran.
Lain-lain17.05.2017
Alih bahasa dari English kepada Bahasa MalaysiaAssalamualaikum.

DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan.
Lain-lain30.11.2017
Alih bahasa perenggan berikut : We conducted our engagement in accordance with International Standard on Assurance Engagements (ISAE) 3420 - Assurance Engagements to Report on the Compilation of Pro Forma Financial Information Included in a Prospectus, issued by the Malaysian Institute of Accountants.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. DBP hanya menyemak bahan dalam bahasa Melayu, Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2016
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & KomunikasiPada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan04.12.2014
ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECTPadanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. Istilah14.06.2008
Apakah terjemahan paling tepat ke bahasa melayu untuk Mobile Application. Adakah aplikasi peranti mudah alih atau aplikasi mudah alih. Terdapat pandangan berbeza daripada dbp di laman web dbp>khidmat nasihat mengenai terjemahan ini.Terjemahan untuk "mobile application" ialah "aplikasi mudah alih".Lain-lain01.12.2022
saya ingin bertanya penggunaan perkataan power bank dalam bahasa Melayu adakah 'pengecas telefon mudah alih' atau 'pengecas mudah alih'
Menurut data kami, perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa.
Makna09.11.2016
pihak majlis peguam malaysia telah 'mengambil alih' firma tersebut serta semua fail - dokumen 'di dalamnya'. perkataan 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' jarak atau tidak?? terima kasih.Kedua-dua perkataan iaitu 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' perlu dijarakkan.Tatabahasa27.04.2007
12345678910...

Kembali ke atas