Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm minuman keras dll); 2. minuman keras; beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1 ist cecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg diperoleh drpd peraman gula (digunakan sbg pelarut dlm perusahaan ubat-ubatan dll). 2 minuman keras (yg terdapat alkohol 1 di dlmnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkohol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METANOL

Metanol ialah sejenis alkohol yang digunakan

untuk banyak tujuan perindustrian. Ia juga

dinamakan metil alkohol atau alkohol kayu.

Metanol ialah sebatian organik yang jernih, tidak

berwarna, ia mudah terbakar dan sangat beracun.

Meminum atau menyedut wasapnya untuk tempoh

yang lama, boleh menyebabkan buta atau kematian.

Ia juga berbahaya kepada kulit.

UMUM 
ALKOHOL

Alkohol merujuk kepada suatu kelas sebatian

kimia, yang kesemuanya terdiri daripada ikatan

kimia antara atom karbon, hidrogen dan oksigen.

Kesemua molekul alkohol mengandungi sekurang-

kurangnya satu kumpulan hidroksil .

UMUM 
SYELEK

Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada

kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia

digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah

bentuk kering suatu bahan melekit yang

dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek

disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam

larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang

berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning,

jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan

menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam

pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan,

dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras.

Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
MEMBRU

Membru ialah proses yang digunakan untuk

membuat sesetengah minuman alkohol,

terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan

untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop,

ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga

digunakan. Semua pembuat bir menggunakan

proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan

ramuan atau masa membru dan suhu untuk

memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah

pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek,

(3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan,

(6) proses akhir.

UMUM 
KEMABUKAN

Kemabukan ialah suatu keadaan apabila badan

mengalami keracunan akibat toksin atau narkotik,

alkohol, ataupun dadah yang lain. Bahan tersebut

diserap ke dalam darah dan dibawa ke seluruh

bahagian badan.

UMUM 
MOLASES

Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit.

Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases

digunakan untuk membru, memasak, membuat

gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan

haiwan ternakan.

UMUM 
12

Kembali ke atas