Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ma.ri] | الماري

Definisi : sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan pakaian (barang-barang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ma.ri] | الماري

Definisi : peti yg biasanya bertingkat-tingkat dan berpintu utk tempat menyimpan pakaian dll; gerobok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata almari

Puisi
 

Mengetam padi dalam jerami,
     Angkut-angkut dalam almari;
Kerana sudi akan kami,
     Bila dijemput datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUMBANG PERMAIDANI

Kumbang permaidani ialah serangga perosak biasa.

Larvanya hidup pada permaidani dan masuk

ke dalam almari untuk memakan pakaian bulu

biri-biri, bulu ayam, dan pakaian bulu yang lain.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
ARK

Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk

kepada bahtera yang melindungi Noah dan

keluarganya semasa Banjir Besar yang

diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan

itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses

disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah

almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab

pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark

berasal daripada perkataan Latin arca , yang

bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark

bermakna peti atau bakul tertutup untuk

menyimpan barang berharga. Di Amerika

Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang

besar yang digunakan semasa peluasan negara.

Lihat juga Ark of the Covenant.

UMUM 

Kembali ke atas