Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.loe.vé.ra] | الو ۏيرا

Definisi : (aloe véra) 1. sj tumbuhan yg ter­masuk dlm famili Liliaceace, daunnya yg pan­jang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yg mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya; 2. bahan yg dihasilkan drpd tumbuhan ini yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.loe.vé.ra] | الو ۏيرا

Definisi : /aloe véra/ 1 sj tumbuhan (herba), daunnya panjang tirus, tebal dan lembut, mengandungi gel yg mempunyai khasiat ubat-ubatan; lidah buaya. 2 bahan yg dihasilkan drpd tumbuhan aloe vera 1 yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik dan sbg bahan dlm ubat-ubatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aloe vera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Aloe veralidah buayaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Liliaceae. Tumbuhan ini boleh hidup di tanah yang panas, kering dan berbatu. Daunnya tebal dan mengandungi lendir. Jambak bunganya terbit dari bahagian tengah pokok dan tumbuh tegak ke atas. Lendirnya yang telah dikeringkan dibuat julap. Lendirnya yang mengandungi olein menggalakkan pembuangan najis dan digunakan untuk merawat sembelit, kecacingan dan kesihatan rahim. Daunnya digunakan secara luaran untuk mengawal jangkitan kulat, merawat radang dan menyembuhkan luka. Daunnya juga digunakan dalam pembuatan sabun, syampu, bahan kosmetik dan sebagai bahan campuran dalam minuman.
vulneraryvulnerariHerbaPemiawaianEkstrak herba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contohnya, lidah buaya (Aloe vera) dan senduduk (Melastoma malabathricum).
aperientjulapHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai tindakan melawas. Contohnya, daun betik (Carica papaya) dan lidah buaya (Aloe vera).
orcinolorsinolPentadbiran PerniagaanTiadaSebatian berhablur putih yang larut di dalam air, alkohol dan eter, didapati daripada aloe vera, lumut dan sebagainya, digunakan sebagai campuran dalam ubat.
suculensukulenHerbaBotani dan BioteknologiTekstur daun yang lembut dan berlendir serta tebal. Contohnya, daun lidah buaya (Aloe vera) dan setawar (Bryophyllum pinnata).
health foodmakanan kesihatanMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan atau bahan yang dirumus khas untuk tujuan kesihatan. Makanan ini dikelaskan kepada: (i) Pelengkap diet daripada sumber asli seperti ginseng, bawang putih, dan ekstrak aloe vera; (ii) nutrien individu seperti asid amino, protein ditulen, vitamin, dan garam mineral; (iii) penawar pseudosaintifik seperti enzim, lesitin, dan karnitin; (iv) makanan ditanam secara organik tanpa baja dan racun perosak sintetik; (v) makanan lengkap tanpa proses atau diproses secara minimum seperti bijirin lengkap, beras perang, dan roti mil lengkap; (iv) makanan biasa atau ekstraknya yang boleh melindungi penyakit tertentu seperti saderi, salad, dan teh herba; (vii) makanan diperkaya dengan nutrien.
vitamin B12vitamin B12HerbaTiadaKobalamin, C63H88CoN14O14P. Sekumpulan sebatian polipirol yang mengandungi kobalt trivalen. Faktor anemia antipernikus yang perlu untuk hemopoiesis normal. Vitamin B12 dikenali juga sebagai sianokobalamin dan faktor ekstrinsik. Contohnya, vitamin B12 dalam lidah buaya (Aloe vera).
stretch markstanda regangHerbaPemiawaianKedutan atau kerutan pada kulit disebabkan oleh regangan yang kuat dan dalam tempoh yang lama. Tanda regang terjadi semasa hamil sehingga selepas bersalin. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat tanda regang ialah lidah buaya (Aloe vera) dan pegaga (Centella asiatica).
vitamin B1vitamin B1HerbaTiadaTiamina, C12H17ClN4OS. Salah satu daripada ahli vitamin B kompleks yang terdapat dalam pelbagai sumber bahan semula jadi. Vitamin ini dikenali juga sebagai aneurina atau vitamin B1. Contohnya, vitamin B1 dalam ragi kering (Saccharomyces medicinalis) dan lidah buaya (Aloe vera).
vitamin Avitamin AHerbaTiadaRetinol, C20H29OH. Sebatian alkohol berwarna kuning yang larut lemak dan tidak terlarut dalam air yang diperoleh daripada minyak hati dan karotenoid atau dihasilkan melalui sintesis. Vitamin A perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, keutuhan tisu epitelialum dan merupakan komponen pigmen untuk penglihatan. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengekalkan ketahanan terhadap penyakit dan mengelakkan jangkitan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan xeroftalmia dan rabun malam. Contohnya, vitamin A dalam minyak ikan kod (Gadus morrhua), minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lidah buaya (Aloe vera).
12

Kembali ke atas