Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.loi] | الوي

Definisi : logam yg merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa, loyang, dll) atau satu logam dgn bahan bukan logam (mis keluli). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.loi] | الوي

Definisi : ist sebatian beberapa jenis logam; pancalogam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aloi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressure die castingpenuangan acuan tekananKejuruteraanTiadaProses menghasilkan tuangan persis bagi aloi-aloi tertentu dengan memancutkan logam cecair di bawah tekanan ke dalam acuan.
light alloyaloi ringanKejuruteraanTiadaAloi daripada aluminium dan aloi daripada magnesium yang masing-masing mempunyai graviti tentu 2.7 dan 1.8, jauh lebih ringan berbanding dengan keluli yang graviti tentunya 7.8.
dispersion alloyaloi sebaranPerubatanTiadaAloi yang fasa-fasanya telah dikurangkan atau dihapuskan, misalnya aloi emas dan 10% argentum.
inert alloyaloi lengaiKejuruteraanTiadaAloi yang boleh mengelak daripada berlakunya serakan neutron oleh nukleus aloi tersebut.
dichromate treatmentolah dikromatKejuruteraanTiadaProses menghasilkan salutan kromat pada aloi magnesium dengan memasukkan aloi tersebut ke dalam larutan natrium kromat yang mendidih.
heavy alloyaloi beratKimiaTiadaAloi yang terdiri daripada 90% tungsten, 7.5% nikel dan 2.5% kuprum. Bahan ini mempunyai ketumpatan yang tinggi, iaitu 16.5-17.0 g/cm3 dan berkekuatan tegangan yang sama dengan keluli. Aloi ini digunakan dalam pembuatan tadbir bagi tiub sinar-X, dan permukaan sentuh bagi pemutus litar.
alloyaloiKimiaTiadaCampuran dua logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi disediakan dengan meleburkan campuran juzuk yang berkenaan, yang kemudiannya dibiarkan sejuk untuk membentuk pepejal. Lazimnya, aloi lebih keras daripada juzuk utamanya, tahan kakis dan tahan karat. Misalnya, loyang yang terdiri daripada campuran 80% kuprum dan 20% zink,,,,; gangsa, iaitu campuran 85% kuprum dan 15% stanum; keluli tahan karat, iaitu campuran 18% kromium, 8% nikel, dan 74% ferum.
amalgamamalgamKimiaTiadaAloi yang terdiri daripada campuran merkuri dengan satu atau lebih logam lain dan/atau bukan logam. Aloi ini wujud dalam bentuk cecair atau pepejal dan digunakan sebagai penampal dan digunakan sebagai penampal gigi, dan untuk membuat cermin. Misalnya, aloi daripada merkuri, perak dan timah yang digunakan untuk menampal gigi.
binary alloyaloi deduaPerubatanTiadaAloi yang mengandung dua unsur.
heavy alloyaloi beratKimiaTiadaAloi yang terdiri daripada 90% wulfrum, 7.5% nikel dan 2.5% kuprum, dan mempunyai ketumpatan 16.5-17.0 g/cm3.
12345678910...

Kembali ke atas