Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.truis.me] | التروءيسمى

Definisi : sifat atau prinsip suka mengutama­kan kebajikan atau kebahagiaan orang lain drpd diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata altruisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah altruisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia ?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana halaman 69, perkataan "altruisme" membawa maksud 1. pandangan hidup atau amalan yang mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri; 2. fahaman yang menyarankan bahawa sesuatu itu dilakukan untuk kebaikan semua dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, perkataan "altruisme" boleh digunakan dalam penulisan bahasa Melayu sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan dan maksud yang dinyatakan.Tatabahasa20.08.2023
Apakah perkataan "isme" yg sesuai untuk sikap "bersemangat" (passionate). Contoh patriotisme, altruisme, positivisme...saya perlukan "isme" yang menunjukkan "passionate".Tiada kata yang berakhiran -isme yang menyatakan makna sikap bersemangat (passionate) dalam bahasa Melayu. Kata yang merupakan contoh kata pinjaman seperti patriotisme, altruisme dan positivisme terdapat dalam bahasa sumbernya, iaitu bahasa Inggeris.

Malangnya, kata sumber passionatism juga tidak terakam dalam Kamus Collins dan Kamus Oxford English, iaitu rujukan dalam bahasa sumbernya.

Apa yang boleh dicadangkan ialah saudara berbincang dengan pakar bidang dan pakar bahasa untuk membentuk/menggubal istilah/kata yang sesuai dengan maksud dan konteks dalam bidang tersebut.
Istilah23.08.2023
Apakah perkataan "isme" yg sesuai untuk sikap "determined"(tekad yang kuat). Contoh patriotisme, altruisme, positivisme...saya perlukan "isme" yang menunjukkan "determined".Tiada kata yang berakhiran -isme yang menyatakan makna tekad yang kuat (determined) dalam bahasa Melayu. Kata yang merupakan contoh kata pinjaman seperti patriotisme, altruisme dan positivisme terdapat dalam bahasa sumbernya, iaitu bahasa Inggeris.

Kami mencadangkan saudara berbincang dengan pakar bidang dan pakar bahasa untuk membentuk/menggubal istilah/kata yang sesuai dengan maksud dan konteks dalam bidang tersebut.
Lain-lain23.08.2023
Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan. Terima kasih atas maklumbalas, namun begitu saya masih keliru, adakah "antusiasme" boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...kerana saya ingin menggabungkan altruisme, harmonisme dan antusiasme...seperti pada jawawapan persolan yang lepas...altruisme dan harmonisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...tetapi bagaimana dengan "antusiasme"?Berdasarkan semakan kami, perkataan "enthusiasm" dipadankan dengan perkataan "bersemangat" atau "keghairahan" dan perkataan "antusiasme" tiada dalam data kami. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan "antusiasme" tidak digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.Tatabahasa22.08.2023
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024

Kembali ke atas