Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lur] | الور

Definisi : 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila mem­bajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ ber­tempuh, jalan berturut prb dilakukan me­nurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lur] | الور

Definisi : lekuk memanjang pd tanah (kayu dsb). ~ air aliran air di kawasan bencah. ~ bibir (hidung) lekuk yg terdapat di antara hidung dgn bibir atas. ~ sungai dasar sungai yg berlekuk dalam. ~ tengkuk lekuk yg terdapat di tengkuk. beralur ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alur

Peribahasa

Tumbuh pada alur sudah diturut;
     tumbuh pada jalan sudah ditempuh.

Bermaksud :

Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corrugation irrigationpengairan alunPertanianTiadaKaedah pengairan melalui alur-alur pembajakan yang kecil, rapat dan bergred bagi menentukan limpahan air ke sisi alur.
corrugationpengombakan; alunPertanianTiadaAlun: Sejenis kaedah pengairan melalui alur-alur pembajakan yang kecil dan rapat bagi menentukan satu arah aliran air.
rill erosionhakisan gegalurGeografiTiadaHakisan tanih melalui aliran air bertumpu yang akan membentukkan alur-alur kecil yang biasanya bersifat sementara dan hanya beberapa sm dalam dan lebar.
rill erosionhakisan gegalurGeologiTiadaHakisan tanih melalui aliran air bertumpu yang akan membentukkan alur-alur kecil yang biasanya bersifat sementara dan hanya beberapa sm dalam dan lebar.
rill erosionhakisan gegalurKejuruteraanTiadaHakisan tanih melalui aliran air bertumpu yang akan membentukkan alur-alur kecil yang biasanya bersifat sementara dan hanya beberapa sm dalam dan lebar.
rill erosionhakisan gegalurPertanianTiadaHakisan tanih melalui aliran air bertumpu yang akan membentukkan alur-alur kecil yang biasanya bersifat sementara dan hanya beberapa sm dalam dan lebar.
deltaic poollubuk deltaGeografiTiadaLopak air di permukaan delta terbentuk bila limpahan air daripada alur-alur delta bertumpu ke dalam lekukan-lekukan.
quadrupole lenskanta kutub empatKejuruteraanTiadaKanta elektrostatik atau magnet yang berdasarkan prinsip fokus kuat dan digunakan untuk memfokus alur-alur zarah bercas daripada pemecut.
barrancobarankoGeologiTiada1. Lembah saliran yang dalam dan bersisi curam di cerun kon volkano, terbentuk oleh hakisan dan tautan alur-alur yang lebih kecil.,2. Ngarai kecil, atau gaung berdinding batuan yang dalam dan bersisi curam.,3. Arroyo, galur, atau celah yang dalam yang terbentuk oleh hujan yang lebat.
underground runoff (seepage)larian bawah tanah (resipan)PertanianTiadaAir yang meresap di bawah tanah, iaitu mengalir dengan perlahan, ke arah alur-alur sungai selepas penyusupan melalui permukaan tanah.
12345678910...

Kembali ke atas