Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.li]/[Öa.mali] | عملي

Definisi : bkn pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb: selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.li]/[Öa.mali] | عملي

Definisi : yg dikerjakan atau yg dibuat (sbg lw teori): kerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kerja amaliSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain18.12.2015
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRANPenguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian.Makna24.08.2007
Frasa dalam BM: - internship - cross-over T.KasihIstilah bahasa Melayu untuk internship ialah latihan amali. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk cross-over, iaitu lintas, melintas, bersilang, menyeberang, silang atas, pintas langsung dan pindah silang.Istilah01.07.2011
Mohon frasa dalam BM: - internship - cross-over T.kasihIstilah bahasa Melayu untuk internship ialah latihan amali. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk cross-over, iaitu lintas, melintas, bersilang, menyeberang, silang atas, pintas langsung dan pindah silang.Istilah01.07.2011
Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan untuk "hands-on activities". Apakah terjemahan yang sesuai untuk "hands-on activities"? Terima KasihHands-on activities ialah aktiviti amali/praktikal.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2015
Ungkapan “penyampaian secara mind-on dan hands-on” sering digunakan. Apakah terjemahan untuk “mind-on” dan “hands-on” dalam bahasa Melayu?Menurut Istilah Pendidikan, Penyampaian secara "hands-on" bermaksud "amali" atau "praktikal". Bagi ungkapan "mind-on", kami memerlukan konteks dan dalam bidang apakah ungkapan tersebut digunakan.Istilah31.05.2007
Salam. Tuan/Puan yang dihormati. Mohon bantuan terjemahan. Apakah terjemahan yang tepat untuk hands on? Contoh Hands on Banci Malaysia Terima kasih untuk bantuan.Menurut Istilah bahasa Melayu, "hands-on" bermaksud "amali" atau "praktikal".Istilah04.09.2020
Ungkapan penyampaian secara mind-on dan hands-on sering digunakan. Apakah terjemahan untuk minds-on dan hands-on (dalam konteks/bidang mata pelajaran sains) dalam bahasa Melayu?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali. Walau bagaimanapun, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk minds-on. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.03.2014
Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu: (1) internship (2) joint degree, double degree dan dual degree Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus bagi istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
1. internship  - latihan amali
2. joint degree - ijazah bersekutu
3. double degree atau dual degree  - dwiijazah
Istilah05.04.2012
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih.DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada.Lain-lain04.03.2019
12

Kembali ke atas