Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.man] | امان

Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gang­guan atau sesuatu yg tidak menyenang­kan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd putera­nya; mengamankan 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) meng­aman­kan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.man] | امان

Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aman

Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aman Sah Abu Bakar 07:48 Aman Sah Abu Bakar Aman Sah assalam saya wakil dr sk telok gong...kami ingin mencari dato kemala utk menjemput beliau ke majlis makan malam jubli emas sekolah kami...beliau merupakan bekas guru di sekolah kami...apa cara kami untuk menghubungi beliau atau ada cara sila maklumkan saya...URGENT...Wa alaikumussalam. Alamat yang kami ada: YBhg. SN Dato' Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah, 321 Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 KUALA LUMPUR dato_kemala@yahoo.com 0122029130Lain-lain11.11.2016
Manakah antara berikut yang paling tepat. a. Syarikat Aman Sdn. Bhd. b. Aman Sdn. Bhd.

1.     1. Syarikat Aman Sdn. Bhd.

2.   2. Aman Sdn. Bhd.

Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada nama yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lain-lain01.05.2023
Aman Aaron salam, saya nak bertanya apa maksud ' MELESTARI '. Boleh terjemahkan..Pembentukan kata yang betul ialah melestarikan yang bermaksud menetapkan dan mengekalkan.Makna29.05.2014
Semua murid Tahun Tiga Aman. atau Semua Murid Tahun Tiga Aman. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah Semua murid Tahun Tiga Aman. Nama kelas ditulis dengan huruf besar kerana dianggap nama khas.

 

Ejaan29.05.2017
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama?

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya.

2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa.

Tatabahasa09.03.2011
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasihPenggunaan ayat ini lebih tepat.
Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman.
Tatabahasa04.08.2020
Salam sejahtera, 1.Keluarga Guan Hong hidup (aman dan bahagia). 2.Keluarga Guan Hong hidup (bahagia dan aman). Adakah kedua-dua ayat ini betul? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul. Tatabahasa10.07.2023
mewarnai dengan selamat - tukar mewarnai dengan aman(ikut indonesia sebab bahasa indonesia)BM terus kekal "Mewarnai dengan selamat" bukan mewarnai dengan amanLain-lain03.04.2007
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali .MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN  KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai.Tatabahasa22.04.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih

Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Antara kata adjektif yang lain ialah  buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247.

Tatabahasa07.08.2020
123456

Kembali ke atas