Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.man] | امان

Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gang­guan atau sesuatu yg tidak menyenang­kan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd putera­nya; mengamankan 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) meng­aman­kan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.man] | امان

Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aman

Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Daftar buku-buku terbitan Pustaka Aman PressPustaka Aman PressTiada1960 
Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua:Islam Di Kedah Darul AmanMajlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul AmanTiada1996983-99691-4-5
Aman ShahDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kisah Aman dan AminPustaka Sistem PelajarTiada1978 
Hashim AmanDewan Bahasa dan PustakaTiada  
 Pustaka AmanTiada1964 
Kedah Darul Aman Tiada2012978-967-0335-04-9
Nasib si-amanMalaya Publishing House LimitedTiada1961 
Kedah Darul Aman dan Perlis Indera KayanganIstana NegaraTiada1998983-823-560-1
Kedah Darul Aman: kenali negeri kitaKarisma PublicationsTiada20089789831952856
12345678910...

Kembali ke atas