Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.man] | امان

Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gang­guan atau sesuatu yg tidak menyenang­kan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd putera­nya; mengamankan 1. menjadikan aman (ten­teram, tenang), menyentosakan, menen­teram­kan: rundingan-rundingan itu bertuju­an utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) meng­aman­kan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.man] | امان

Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aman

Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
safe districtwilayah amandaerah selamatkawasan selamat; kawasan amanSains Politik
peaceful settlementpenyelesaian secara damaipenyelesaian secara amanpenyelesaian secara amanSains Politik
peaceful blockadeblokade secara damaisekatan secara amansekatan secara amanSains Politik
zone of peace, freedom and neutrality (ZOPFAN)Zona Kedamaian, Kebebasan dan Netralitas; ZOPFANZon Aman, Bebas dan BerkecualiZon Aman, Bebas dan BerkecualiSains Politik
malpracticemalapraktikamalan salah/malpraktissalah aman; malpraktikFarmasi
peaceful coexistencehidup bersama secara damaihidup bersama secara damaihidup bersama secara amanSains Politik
safe portpelabuhan amanTiadapelabuhan selamatUndang-undang
safety speedkecepatan amanlaju selamatlaju selamatKejuruteraan Kapal Terbang
safety meatdaging aman makandaging selamatdaging selamatPenternakan
safety factorfaktor amanfaktor keselamatanfaktor keselamatanPerikanan
12

Kembali ke atas