Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.ran] | امرن

Definisi : 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringat­an keras yg diberikan secara lisan (tidak mene­rusi surat rasmi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.ran] | امرن

Definisi : 1 tugas yg mesti dilaksanakan; perintah. 2 peringatan keras yg diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
TANJUNG HATTERAS

Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah

yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang

menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung

ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur

pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat

Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya

bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan

Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan

stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal

supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras

National Seashore terletak di Tanjung Hatteras.

UMUM 
PULAU BAFFIN

Pulau Baffin terletak di utara tanah besar

Kanada. Ia sebahagian daripada Wilayah Barat Laut

Kanada. Ia adalah pulau yang kelima terbesar di

dunia, dengan keluasan 507 450 kilometer persegi.

Ia kaya dengan lapisan longgokan bijih besi.

Beberapa orang Denmark dan Eskimo menduduki

kawasan pantai yang berbatu-batu dan tinggi.

Kanada dan Amerika Syarikat mempunyai stesen

radar di Pulau Baffin, sebagai sebahagian daripada

sistem Amaran Utara mereka. Taman Negara

Auyuittuq terletak di pulau ini.

UMUM 
PERTEMPURAN CONCORD

Pertempuran Concord berlaku pada 19 April

1775, menandakan pertempuran yang kedua antara

kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam

Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus

berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa

musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah

mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan

jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris

mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di

Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk

memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada

malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera

di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith

untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere

dan William Dawes memberi amaran kepada

penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris

sedang mara.

UMUM 
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
RUMAH API

Rumah api ialah menara yang memancarkan

cahaya yang kuat sebagai bantuan pandu arah

kepada pelaut. Rumah api membantu pelayar

menetapkan kedudukan mereka, menandakan

bahawa tanah daratan semakin hampir, dan

memberi amaran tentang kawasan berbatu dan

terumbu yang berbahaya.

UMUMUmum

Kembali ke atas