Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dwarf galaxygalaksi kerdilMatematikTiadaGalaksi yang amat kabur kerana saiznya amat kecil ataupun kerana kecerahan permukaannya sangat rendah atau kerana kedua-duanya sekali.
cumulus congestuskumulus kongestusMeteorologiMeteorologi PerhubunganSpesies kumulus yang perkembangannya amat nyata, dan awan ini mengunjur amat tinggi ke atas. Pada bahagian atas bonjolan-bonjolan amat nyata dan menyerupai kubis bunga. Lihat pengelasan awan.
impulsive forcedaya impulsFizikMekanikDaya yang amat besar bertindak dalam masa yang amat singkat. lih. impuls
Rigel (Beta Orionis)Rigel (Beta Orionis)MatematikTiadaBintang superraksasa yang amat cerah, jauh dan putih kebiruan yang amat menonjol dan cerah di buruj Orion.
symbiotic objectsobjek simbiosisMatematikTiadaSekumpulan bintang yang spektrumnya memperlihatkan keamatan garis pancaran yang amat luar biasa, kerana bintang ini biasanya bersuhu sangat rendah dan amat tinggi.
#NAME?#NAME?PerubatanTiadaSatu bentuk imbuhan asing yang merujuk pada keadaan apabila seseorang mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk melakukan sesuatu, misalnya kleptomania, iaitu keinginan yang amat sangat untuk mencuri.
inflationary universealam semesta menggelembungMatematikTiadaFasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek.
minimalismminimalismeKesusasteraanTiadaGaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan.
size effectkesan saizFizikNanoteknologiKesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum.
loose couplinggandingan longgarKejuruteraanTiada1. Darjah gandingan pada sistem salunan, yang jauh kurang daripada gandingan genting.,2. Gandingan di antara dua litar yang amat sedikit kuasa dipindahkan di antara litar-litar itu, dan perubahan galangan pada satu litar mempunyai kesan yang amat sedikit pada litar yang satu lagi.
12345678910...

Kembali ke atas