Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socioeconomic classkelas sosioekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganStrata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara.
Cygnus X-1Cygnus X-1MatematikTiadaPunca sinar-X galaksi yang amat kuat yang disifatkan sebagai keterangan cerapan yang paling baik untuk membuktikan kewujudan lubang hitam dalam jasad bintang.
conventional breeding methodkaedah pembiakbakaan konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah pembiakbakaan yang berasaskan kacukan antara baka induk terpilih dan disusuli dengan pemilihan hasil kacukan itu. Maka, ciri baik induk dapat digabungkan dan menghasilkan genotip yang lebih baik daripada induknya. Kaedah ini biasanya diulang beberapa generasi sehingga mendapat satu baka baru yang menunjukkan ciri-ciri yang diingini. Asas kaedah pembiakbakaan konvensional ialah hukum pewarisan Mendel. Kaedah pembiakbakaan ini amat berbeza dengan kaedah baru dipanggil kejuruteraan genetik yang lebih ringkas daripada kaedah konvensional. Kejuruteraan genetik tidak melibatkan kacukan tetapi menggunakan teknologi untuk  mengenal pasti gen yang menghasilkan ciri-ciri yang diingini dan seterusnya gen itu dipindahkan kepada tanaman sasaran.

digestibilitykebolehcernaanVeterinarTiadaBahagian sesuatu nutrien makanan yang dicerna dan diserap daripada trakus gastro-usus. Ia amat bergantung kepada nilai pemakanan sesuatu bahan yang dimakan, umur ternakan dan juga tahap fisiologinya. Pada umumnya, ternakan lebih tua berupaya mencerna bahan makanan yang kurang berkualiti, lebih baik daripada ternakan lebih muda. Terdapat dua jenis kebolehcernaan, iaitu kebolehcernaan ketara dan kebolehcernaan sebenar. Lihat juga kebolehcernaan ketara, kebolehcernaan sebenar.
contact anglesudut sentuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSudut yang dihasilkan oleh permukaan setitik cecair dengan permukaan pepejal seperti kayu. Sudut ini amat berguna dalam penilaian awal bahan penolek air dan perekat kayu. Bahan penolak air yang baik haruslah mempunyai sudut sentuh melebihi 90�.
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
poor geometrygeometri burukFizikAtom dan NuklearSusunan kedudukan antara sumber fluks zarah nukleus atau sinaran dengan alat pengesan yang dapat mengesan hampir semua zarah yang keluar dari sumber. Susunan ini memberikan sudut bukaan yang besar antara sumber dengan pengesan, kerana kedudukannya amat dekat. Istilah buruk tidak bermaksud menghasilkan pengukuran yang kurang baik, bahkan sengaja disusun sedemikian bagi mendapatkan maklumat tertentu. Banding geometri baik. Lihat juga geometri.
ipilipilPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Afzelia borneensis daripada famili Leguminosae. Gubal kayu ipil mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna kuning kemerahan. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan mempunyai sifat pengeringan dan ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ipil amat sesuai untuk dibuat perabot bermutu tinggi, kayu kumai, papan panel, venir, papan lapis, serta rangka pintu dan tingkap.
giamgiamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu, dan terdapat lebih daripada sembilan spesies utama. Antaranya ialah Hopeaferrea, H. helferi, H. nutans, H. pierrei dan H. semicuneata. Gubal kayu giam amat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning dengan sedikit kehijauan apabila segar, dan menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sederhana halus, dengan ira yang sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 865 hingga 1220 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat.Kayu giam agak sukar dikerjakn dan diawet, lambat mengering, mudah retak, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat seperti jambatan, tiang, badan lori, dan kayu landasan kereta api.
bekakbekakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Amoora spp. daripada famili Maliaceae. Nama lain di semenanjung termasuk merelang dan pasak telinga, di Sabah ialah lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utama kayu bekak termasuk Amoora lanceolata, A. Maingayi, A. Ridleyi, A. Rubescens, dan A rubiginosa. Gubal kayu bekak berwarna seperti jerami dan amat berbeza daripada ters kayunya yang berwarna merah bata atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 1025 kg/m3. Kayu ini mudah dikeringkan tetapi tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik. Kayu bekak yang diawet sesuai digunakan untuk geladak dan lantai perahu, lantai parket dan tiang lampu, dan untuk kerja-kerja binaan ringan dan sederhana.
12

Kembali ke atas