Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
undervoltage protectionperlindungan voltan kurangTeknikElektrikKesan daripada peranti yang melindungi litar daripada voltan yang berkurangan, biasanya geganti, yang akan memutuskan bekalan apabila voltan bekalan berkurangan daripada had biasa. Perlindungan jenis ini amat perlu bagi setiap pemula motor untuk mengelakkan berlakunya kelajuan motor yang tidak menentu.
closing datetarikh akhirKomunikasiKorporatTarikh yang ditetapkan oleh pihak media terhadap pengiklanan bagi menyerahkan salinan terakhir pengiklanan untuk dimasukkan ke dalam sesuatu masa siaran atau isu penerbitan. Ketepatan masa penyerahan salinan amat perlu bagi memudahkan kerja terakhir penyiaran atau penerbitan iklan. Hal ini kerana sekiranya pihak pengiklanan tidak menepati masa atau berlaku kelewatan penghantaran salinan, maka pihak agensi penyiaran atau penerbitan boleh melakukan penggantian kandungan siaran atau penerbitan dengan kandungan yang lain.
accelerated curingpengawetan terpecutKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengawetan ke atas konkrit dengan menggunakan wap ataupun menggunakan haba elektrik bagi memanaskan keseluruhan konkrit. Dengan demikian proses tindak balas akan berlaku dengan kadar yang lebih cepat apabila suhu dinaikkan dan seterusnya kadar kenaikan kekuatan konkrit juga turut bertambah. Ini amat perlu dalam pengeluaran komponen-komponen konkrit pratuang.
separation of powerpengasingan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa.
public serviceperkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Satu institusi yang bertanggungjawab menguruskan segala kegiatan atau usaha pemerintah yang ada kaitannya dengan kepentingan orang ramai. Ia adalah sektor terpenting bagi melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk rakyat di samping memberikan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh golongan peniaga, usahawan dan sektor swasta. Matlamat utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan, cekap, produktif dan mencakupi kehendak rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh pemerintah. Perkhidmatan awam ialah institusi yang berkecuali, bebas daripada pengaruh politik, memberikan khidmat kepada kerajaan yang memerintah dengan penuh taat setia tanpa mengambil kira fahaman atau ideologi kerajaan tersebut. Perkhidmatan awam amat perlu bagi memelihara kesejahteraan rakyat, mengawal keselamatan, keamanan dan mengurus pembangunan ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab menggubal dasar dan peraturan tertentu manakala pelaksanaannya menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam.

critical processesproses kritikalEkonomiTiadaProses yang dianggap amat penting kepada perindustrian dan perlu diambil tindakan segera untuk mengatasi sebarang masalah dan kekurangan.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
toxic mineralmineral toksikVeterinarTiadaUnsur-unsur yang mengakibatkan keracunan pada ternakan jika diberi secara berlebihan daripada jumlah harian yang diperlukan. Walau bagaimanapun, unsur-unsur tersebut masih diperlukan pada aras tertentu. Contohnya selenium, kuprum, zink, molibdenum dan kobalt. Sesetengah unsur ini diperlukan pada jumlah yang amat sedikit dan amat mudah menyebabkan keracunan jika melebihi keperluan asas. Tahap keracunan sesetengah unsur bergantung pada interaksi dengan unsur lain yang sedia wujud dalam makanan yang diberi. Contohnya, keracunan kuprum lebih mudah berlaku jika aras molibdenum dalam makanan terlalu kurang. Terdapat juga unsur-unsur mineral yang tidak perlu dalam pemakanan tetapi sememangnya toksik jika dimakan, contohnya, merkuri, plumbum, arsenik dan strontium yang merupakan golongan logam berat. Lihat juga manifestasi toksik.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiada

Konvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang Tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.

e-mail bombbom e-melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug.
12

Kembali ke atas