Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat sangat

Puisi
 

Sangat hairan datuk di Jambi,
     Puyuh mengeram di atas getah;
Sangat hairan di hati kami,
     Hujan menderam tanah tak basah.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila perhatikan ayat berikut: Amir meratap dengan amat sangat setelah ibunya mati. Betulkah penggunana adverba "dengan amat sangat" seperti di atas? Sekian terima kasihAdverba ialah unsur keterangan dalam frasa kerja yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut. Unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverb. Dalam contoh ayat yang diberikan unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, kerana adanya kata sendi nama "dengan". Walau bagaimanapun kata sendi nama perlu diikuti kata nama seperti "dengan kuatnya". Oleh itu, penggunaan frasa "dengan amat sangat" dalam ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa22.01.2014
Adakah kata penguat amat, sangat dan sungguh boleh digunakan dengan perkataan sekali? Terima kasih.Kata penguat amat, sangat dan sungguh tidak boleh digunakan dengan perkataan sekali.Lain-lain29.11.2022
salam sejahtera, saya hendak bertanya kepada pihak tuan bahawa penggunaan frasa di bawah bawah adakah betul? 1) amat sangat cantik 2) sunggut amat cantik 3) terlalu amat cantik sekian, terima kasih.1. Amat sangat cantik, sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
Tatabahasa05.07.2012
(a) Mereka sedang membincangkan perkara itu. Boleh 'sedang' digantikan dengan 'tengah'? (b) Menurut jawapan KNDBP yang lepas, frasa 'kesakitan yang amat sangat' gramatis. Adakah ayat ini gramatis? 'Baju ini amat sangat cantik.' Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan 'tengah' ialah sedang (melakukan sesuatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu. Walau bagaimanapun perkataan ini biasa digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat 'Baju ini amat sangat cantik' betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245.    Tatabahasa24.08.2009
(a)Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari kati? Adakah ayat tersebut gramtis? (b)Adik terbangun (dari / daripada) tidur kerana dentaman mercun? terima kasih.Ayat yang betul ialah A. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil    B. Adik terbangun  daripada tidur kerana dentaman mercunTatabahasa19.08.2009
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi?Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat.Tatabahasa27.08.2009
Bolehkah penggunaan kata sangat dan amat digunakan sekali dalam sesuatu ayat?Contohnya,Azman berasa amat sangat sakit disebabkan kecederaan yang dialami.Kata penguat amat, sangat, sungguh boleh hadir salah satu sahaja di hadapan atau belakang kata adjektif, seperti: Pakaian seragam pasukan itu amat kemas, Pemandangan di perbatasan indah sungguhTatabahasa08.12.2010
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?)

Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa08.08.2010
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih...Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa06.03.2012
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
12345678910...

Kembali ke atas