Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.tur] | اماتور

Definisi : bkn kegiatan (spt sukan, kesenian, dll) yg dilakukan sbg suatu kegemaran dan bukan utk mencari wang: pelakon ~ sandi­wara; pemain bola ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.tur] | اماتور

Definisi : orang yg melakukan atau yg mengerjakan sesuatu spt bersukan, melukis hanya sbg kegemaran (bukan utk mencari wang); lw profesional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amatur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan amatur ?Amatur bermaksud kegiatan sama ada sukan, kesenian, dan sebagainya yang dilakukan sebagai suatu kegemaran dan bukan untuk mencari wang.Makna11.03.2009
amaturOrang yang melakukan @ mengerjakan sesuatu hanya sebagai kegemaran (bukan untuk mencari wang) - lawan profesionalMakna11.02.2009
Assalamualaikum Saya merupakan penterjemah amatur yang baru berjinak - jinak dalam industri ini SOalnya , saya belum pernah menerbit buku dengan mana - mana syarikat . Apakah pihak DBP punya panduan untuk manuskrip terjemahan untuk dihantar ke pihak penerbit . Terima kasihSalam sejahtera,

Penghantaran manuskrip kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini:

1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.
2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak.
3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip.
4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis.
5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya.
6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut.
7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).
Lain-lain15.06.2020

Kembali ke atas