Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bung.am.bung] | امبوڠ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil yg hidup di pantai), merambung, pelampung, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambung-ambung

Puisi
 

Air pasang dua kali semalam,
     Ambung-ambung dari hulu;
Adik datang di tengah malam,
     Bunga tanjung berbau dulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYED JAAFAR

SYED JAAFAR ( ? - ? ), panglima perang. Beliau ialah anak Syed Sharid Hassan, keturunan Arab dari Riau. Syed Jaafar telah mengahwini Tengku Ambung dari Siak dan berhijrah ke Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh

Kembali ke atas