Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.mo.nia] | اممونيا

Definisi : (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk hidung, merupakan se­batian drpd hidrogen dan nitrogen (digunakan dlm pembuatan baja dll); terammonia telah bercampur dgn ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.mo.nia] | اممونيا

Definisi : ist gas tidak berwarna, berbau sengit dan banyak digunakan dlm perusahaan bahan letupan, baja dan juga sbg bahan penyejuk utk peti ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ammonia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ammoniaammoniaKimiaTiadaSebatian tak organik formula NH3, takat lebur –78oC, takat didih –33.5oC, berbentuk gas, baunya sengit, tidak berwarna, beracun dan larut di dalam air untuk menghasilkan larutan alkali ammonium hidroksida. Dalam industri, ammonia disintesisikan daripada nitrogen dan hidrogen melalui proses Haber. Dalam makmal pula, ammonia disediakn secara tindakan haba terhadap campuran garam ammonium seperti garam ammonium klorida dan alkali seperti natrium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan dan penyediaan bahan kimia seperti ammonium fosfat.
ammoniaammoniaVeterinarTiadaGas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3).
ammonia absorptionpenyerapan ammoniaKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyerapan gas ammonia yang terdapat di dalam suatu campuran gas, yang dipisahkan dengan menggunakan pelarut yang dapat menyerap ammonia daripada campuran gas tersebut. Pelarut yang biasa digunakan ialah air.
ammonia fixationpengikatan ammoniaPertanianAgroteknologiPenukaran nitrogen atmosfera kepada sebatian seperti ammonia, kalsium sianamida, nitrogen oksida melalui proses kimia atau arka elektrik. Dalam tumbuhan, bakteria rizobium yang terdapat dalam akar tumbuhan kekacang melaksanakan proses ini. Fungsinya adalah untuk mengambil nitrogen daripada atmosfera dan menukarkannya kepada bentuk yang boleh diserap oleh tumbuhan. Kesan daripada pengikatan ammonia ini ialah meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah untuk keperluan tanaman dan kehadiran mikroorganisma dalam tanah. Keasidan tanah juga mempengaruhi proses ini. Contohnya, tanaman kekacang penutup bumi seperti Centrosema, Pubescens, Pueraria phaseoloides dan Calapogonium mucunoides ditanam dalam ladang kelapa sawit dan getah untuk meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah.
ammoniaammoniaFizikTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
ammoniaammoniaKejuruteraanTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
ammoniaammoniaSukanTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
ammoniaammoniaPerubatanTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
ammoniaammoniaGeologiTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
ammoniaammoniaKimiaTiadaGas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3.
12345678910...

Kembali ke atas