Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai] | امڤاي

Definisi : 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah; mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~ tembakau; mengampaikan 1. menggantungkan (me­n­yang­kutkan) pd ampaian utk menjemur (pa­kaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~ pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3. menyandarkan: ~ dirinya pd tem­bok; terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai] | امڤاي

Definisi : ; mengampai seolah-olah bergantung pd tali yg diregangkan, kayu dll. mengampaikan meletakkan sesuatu pd tali yg diregangkan, kayu dll (bkn barang yg hendak dijemur): ~ kain. terampai tidak mengenap dan tidak timbul (bkn zarah pepejal dlm cecair). ampaian 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. ~ koloid ist serakan zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[am.pai] | امڤاي

Definisi : ; ampai-ampai binatang laut yg badannya seakan-akan agar-agar serta berjumbai-jumbai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMPAI-AMPAIAmpai-ampai atau obor-obor ialah nama biasa bagi sejenis haiwan laut yang dikenali sebagai medusa oleh ahli biologi.UMUMUmum
PENAWAR

PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang.  Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas