Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai] | امڤاي

Definisi : 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah; mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~ tembakau; mengampaikan 1. menggantungkan (me­n­yang­kutkan) pd ampaian utk menjemur (pa­kaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~ pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3. menyandarkan: ~ dirinya pd tem­bok; terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai] | امڤاي

Definisi : ; mengampai seolah-olah bergantung pd tali yg diregangkan, kayu dll. mengampaikan meletakkan sesuatu pd tali yg diregangkan, kayu dll (bkn barang yg hendak dijemur): ~ kain. terampai tidak mengenap dan tidak timbul (bkn zarah pepejal dlm cecair). ampaian 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. ~ koloid ist serakan zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[am.pai] | امڤاي

Definisi : ; ampai-ampai binatang laut yg badannya seakan-akan agar-agar serta berjumbai-jumbai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jellyfish floatapung ampai-ampai (Sukan Air)PendidikanTiadaTiada
jellyfish floatapung ampai-ampai (Sukan Air)SukanTiadaTiada
cnidoblastknidoblasBiologiHistologi dan SitologiSel epiderma selenterat khusus, berbentuk bujur dan mengandungi pundi berisi cecair yang terletak pada lingkaran bebenang panjang dan lompong kemudian terpancut keluar apabila menerima rangsangan (nematosista). Ada tiga jenis knidoblas, iaitu sel sengat (di lengan ampai-ampai), sel berbelit (bebenang yang membelit mangsa) dan sel pelekat (bebenang yang diliputi bahan pelekat dan melekat pada mangsa). knida.
aphotic zonezon afotikPerikananTiadaBahagian dasar air laut yang paling dalam dan tidak dapat ditembusi cahaya. Keadaan ini menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku dan tumbuhan laut tidak dapat hidup. Hanya haiwan laut tertentu sahaja yang boleh mendiami bahagian ini. Antara haiwan laut yang mendiami bahagian ini ialah ikan angler, ampai-ampai dan sotong gergasi. Walau bagaimanapun, keberadaan haiwan laut tersebut bergantung pada kedalaman dasar laut.
sea gooseberryampai bulatPerikananTiadaTiada
comb jellyampai bulatPerikananTiadaTiada
suspension fertilizerbaja ampaiPertanianTiadaTiada
sediment load, suspendedbeban endapan ampaiHidrologiTiadaEndapan yang terus terampai dalam air mengalir buat suatu waktu yang lama tanpa menyentuh dan mengendap di dasar sungai.
zone of suspended waterzon air ampaiGeografiTiadaTiada
water, suspended see also water, vadoseair ampai lihat juga air vadosHidrologiTiadaAir bawah tanah yang menempati zon pengudaraan.
123

Kembali ke atas