lyophilic | liofilik | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sesuatu bahan yang gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofilik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang tinggi antara fasa tersebar dengan fasa penyebar, yang menyumbang kepada kestabilan ampaian. |
spray drying | kering sembur | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengenyahairkan ampaian dengan cara menyemburkan ampaian itu ke bahagian atas kebuk panas dan serbuk yang telah kering diambil dari bahagian bawah kebuk itu. |
pint weight | berat pain | Kejuruteraan | Tiada | Berat satu pain ampaian lempung atau ampaian licau dalam air. |
suspension | ampaian | Kimia | Tiada | Serakan zarah pepejal atau cecair di dalam medium cecair atau gas. Contoh ampaian pepejal di dalam cecair ialah zarah lemak di dalam susu, manakal contoh ampaian cecair di dalam gas ialah kabut. |
disperse systems | sistem sebar | Farmasi | Farmaseutik | Sistem yang merujuk kepada campuran pepejal dalam cecair (ampaian), pepejal dalam pepejal (ampaian pepejal), cecair dalam cecair (emulsi), gas dalam cecair (busa) dan cecair dalam gas (aerosol). |
lyophobic | liofobik | Farmasi | Farmaseutik | Sifat sesuatu bahan yang tidak gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofobik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang rendah antara fasa tersebar dengan fasa penyebar. |
plastic flow | aliran plastik | Farmasi | Farmaseutik | Ciri sistem ampaian yang menurun kelikatannya apabila tegasan ricih ditingkatkan, setelah nilai alah dilampaui. Aliran plastik ditunjukkan oleh ampaian berkepekatan tinggi terutamanya apabila fasa berterusan mempunyai kelikatan yang tinggi atau apabila partikel-partikel berkelompok wujud dalam ampaian tersebut. |
dipersion | serakan | Kejuruteraan | Petroleum | Ampaian partikel yang sangat halus di dalam suatu c ecair, misalnya ampaian koloid di dalam larutan koloid. Serakan dari agregat bererti subpembahagian agregat, misalnya serakan dari partikel lempung. Serakan mengakibatkan peningkatan luas pada permukaan spesifik partikel sehingga meningkatkan pula kelikatan dan kekuatan gel sesuatu cecair. |
suspension reactor | reaktor ampaian | Kejuruteraan | Tiada | Reaktor nuklear yang menggunakan sistem bahan api bendalir dengan bahan mudah belah yang berbentuk ampaian. |
herbal suspension | ampaian herba | Herba | Tiada | Sediaan herba yang mengandungi bahan pepejal halus yang tak larut, dan tersebar dalam suatu medium cecair. Ampaian digunakan untuk menyediakan herba yang tak larut dalam bentuk dos cecair. Sediaan ini harus digoncang sebelum digunakan. Contohnya, ubat batuk herba. |