Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.puh] | امڤوه

Definisi : Jw bertuah, mujarab, sakti: keris yg ~; keampuhan kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg diucapkan oleh hati pasrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.puh] | امڤوه

Definisi : Mn 1. bah, banjir, lembak, sebak; air ~ air bah; 2. hanyut: padinya ~ oleh banjir; mengampuhkan menggenangi, melembak; ~ sawah mengairi sawah; keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.puh] | امڤوه

Definisi : ; pengampuh; layar ~ layar yg tertinggi letaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.puh] | امڤوه

Definisi : banjir; bah. mengampuh menggenangi; meliputi dgn air: Keseluruhan kawasan itu diampuh air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap dapat berikan maksud perkataan "ampuh" dalam kontek ayat ini: "industri ini akan dapat menjadi model kerjasama ampuh"Ampuh dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud mempunyai daya pengaruh yang luar biasa, iaitu mengambil perkataan ampuh dan maknanya daripada bahasa Indonesia.Makna14.11.2012
Makna AMPUHMenurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina.Makna20.11.2007
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan?Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih.Lain-lain18.04.2008
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisme yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. apakah maksud peribahasa tersebut?

Encik Yu,

Peribahasa ini bermaksud perbuatan yang tidak adil.

Lain-lain04.06.2010
Selamat Pagi.. Persoalan saya nak tanya ialah Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Bagaimanakah hendak menghuraikan tentang persoalan dinyatakan? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih.Saudara boleh menghuraikan perkara ini dengan memberikan takrifan kepada beberapa perkataan dan frasa yang digunakan seperti wahana pengucapan kebudayaan tinggi, peradaban bangsa, jati diri dsb. dan seterusnya mengaitkan perkataan dan frasa ini dengan aspek pembinaan tamadun manusia.Lain-lain25.05.2008
Buku apakah yang boleh dibuat rujukan tentang soalan yang telah saya kemukakan pada 25/5/2007.. soalannya berbunyi begini,Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Apakah buku-buku atau majalah-majalah ataupun laman web yang berkaitan dengan soalan di atas? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih.

Sila rujuk bahan ini:

Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun 2020 Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 

Tamadun Melayu dan pembinaan bahasa MelayuA.Aziz Deraman, DatoDewan Bahasa dan Pustaka2000
Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggiAbdul Rahman Ya'kubDewan Bahasa dan Pustaka2004
Siri bicara bahasa bil.2, 2001A. Aziz bin Deraman, Dato' HajiCenderamata Dewan Bahasa Pustaka2001

untuk makluman sdr, Pusat Dokumentasi Melayu DBP mempunyai bahan rujukan yang berkaitan dengan bidang bahasa. Oleh hal yang demikian, sdr. dicadangkan agar mengunjungi pusat ini untuk membuat rujukan.

Lain-lain02.06.2008
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negaraBerdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air.Lain-lain19.07.2007

Kembali ke atas