Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pun] | امڤون

Definisi : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pun] | امڤون

Definisi : lepas atau bebas drpd kesalahan; maaf: memberi ~; meminta ~. mengampuni memberi ampun kpd seseorang yg bersalah atau berdosa; memaafi: Semoga Allah ~ ayah saya. mengampunkan menghilangkan kesalahan atau dosa seseorang; memaafkan: Oh, Tuhan! Ampunkanlah dosaku. terampun telah atau dpt diampunkan: Dia berdoa kpd AIlah agar segala dosanya ~. pengampunan perbuatan (hal dsb) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. pengampun orang yg mudah mengampuni seseorang atau mudah mengampunkan kesalahan orang lain; pemaaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampun

Puisi
 

Anak ayam turun satu,
     Satu mati sambar helang;
Minta ampun Tuhan yang satu,
     Minta mati dalam Islam.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ask~ for, a. request, meminta: to ~ for more money, meminta wang lebih banyak; to ~ for forgiveness, meminta ampun; b. look for (esp to speak to so.) meminta utk berjumpa dgn: she ~ed for the headmistress, dia meminta utk berjumpa dgn guru besar; c. demand as a price, see vt (sense 6.); ~ for /it, trouble/, mencari /bala, susah/; ~ for so’s hand, melamar sso; ~ so. for (st), meminta [sst] drpd sso: to ~ so. for advice, meminta nasihat drpd sso; ~ st for (st), see vt (sense 6.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
implorevt 1. plead with, entreat, merayu: she ~d him to leave immediately, dia merayu pd lelaki itu supaya pergi dgn segera; 2. request earnestly for, memohon: she ~d forgiveness from her father, dia memohon ampun drpd ayahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forgive ~ and forget, maafkan dan lupakan; could be ~n, dapat dimaafkan: one could be ~n for forgetting to bring o’s books on the first day, seseorang dapat dimaafkan kerana terlupa membawa buku pd hari pertama; 2. (used in polite expressions) maaf; (when addressing a royalty) ampun: ~ my ignorance, but who is Dustin Hoffman?, maaf, saya ini agak jahil, tetapi siapa Dustin Hoffman?; ~ me Daniel, we have discussed this before in great detail, maaf, Daniel, kita pernah membincangkan hal ini dgn terperinci; ~ me for interrupting..., maaf, krn mengganggu...; 3. not demand repayment of debt from, melupakan: won’t you ~ her the thirty dollars she owes you?, tak bolehkah kamu lupakan saja hutangnya sebanyak tiga puluh ringgit itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas