Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pun] | امڤون

Definisi : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pun] | امڤون

Definisi : lepas atau bebas drpd kesalahan; maaf: memberi ~; meminta ~. mengampuni memberi ampun kpd seseorang yg bersalah atau berdosa; memaafi: Semoga Allah ~ ayah saya. mengampunkan menghilangkan kesalahan atau dosa seseorang; memaafkan: Oh, Tuhan! Ampunkanlah dosaku. terampun telah atau dpt diampunkan: Dia berdoa kpd AIlah agar segala dosanya ~. pengampunan perbuatan (hal dsb) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. pengampun orang yg mudah mengampuni seseorang atau mudah mengampunkan kesalahan orang lain; pemaaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampun

Puisi
 

Anak ayam turun satu,
     Satu mati sambar helang;
Minta ampun Tuhan yang satu,
     Minta mati dalam Islam.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Ayat yang mana satu betul penggunaan tanda bacanya ? 1. Ampun tuanku. 2. Ampun, tuanku. Sekian, terima kasih.Contoh penulisan yang ada ialah "ampun tuanku".Tatabahasa25.02.2016
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa27.10.2015
Anak kecil itu pohon ampun daripada ibunya kerana dia terkasar bahasa. munsyi, adakah pohon dan memohon boleh guna tanpa diimbuhankan mem-? TKAyat yang lebih gramatis ialah 'Anak kecil itu memohon ampun daripada ibunya kerana terkasar bahasa'.

Kedua-duanya boleh digunakan tetapi lebih gramatis menggunakan perkataan memohon.
Tatabahasa10.01.2013
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan.1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 

2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu.

3. Cina perlu dieja dengan huruf besar.

4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah)
Tatabahasa29.08.2020
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka   7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami

1.   "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

2.   " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

3.   "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

4.   Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

Tatabahasa09.05.2014
Tuan, Di sini ingin bertanya bahawa i) meminta maaf daripada atau kepada jiran. ii) memohon ampun daripada atau kepada ibu bapa pada hari raya? banyak yang melihat memohon maaf kepada? adakah kepada betul? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Ayat yang betul ialah "Meminta maaf daripada jiran." dan "Memohon ampun daripada ibu bapa pada hari raya."Tatabahasa27.11.2023
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih..Selamat petang.

1. Ayat 1 dan 2 betul.
2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.08.2016
Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah.Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. Tatabahasa23.03.2008
Saya ingin bertanya beberapa soalan, soalan-soalan ini ditanya dalam konteks kami ingin membuat skrip untuk teater Puteri Saadong: 1. Adakah "Ampun tuanku" digunakan sebagai tanda hormat kepada Puteri juga atau hanya digunakan untuk raja/sultan? Jika tidak, apakah ayat yang akan digunakan untuk menunjukkan tanda hormat rakyat kepada Puteri sebelum mula berbicara dengan seorang Puteri? 2. Bagaimanakah seorang rakyat membahasakan dirinya apabila berbicara dengan Puteri? 3. Apakah panggilan yang akan digunakan oleh seorang rakyat untuk memanggil Puteri apabila berbicara dengan Puteri? Adakah rakyat akan membahasakan Puteri sebagai "tuanku" atau "puteri" sahaja apabila berbicara dengan Puteri? Terima kasih.
Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara atau merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. 
Lain-lain05.07.2023
Please look up the meaning for me of the following words:- maghfirah mardiah I could not find the meaning anywhere. Please help. Thank-you.

maghfirah: Ar ampun, maaf. (sama seperti maksud maghfirat dalam KD4)

mardiah: orang yang reda (yang ikhlas dsb) 

 

Makna19.08.2009
12

Kembali ke atas