Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mu/] | اموق

Definisi : ; beramuk 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, ber­tarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3. berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya; beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman; mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera dgn musuh; pengamukan perihal (perbuatan dll) meng­amuk atau mengamukkan; pengamuk orang yg mengamuk (menyerang orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mu/] | اموق

Definisi : ; mengamuk menyerang secara membabi buta kerana terlalu marah: Hang Tuah telah dititahkan oleh Seri Betara utk membunuh orang yg sedang ~ di pasar itu. pengamuk orang yg mengamuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf???Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya.


Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
Lain-lain24.08.2014
Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa06.05.2014
Adakah perkataan yang mengandungi digraph harus diikuti vocal baru dianggap digraph? Contohnya menyanyiDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.Tatabahasa14.06.2016
Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima KasihDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa23.05.2014
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015
Adakah perkataan hangus, sangat and ungu digraf? Jika bukan, apakah suku katanya? Adakah semua perkataan berimbuhan meng - dan meny digraf?contohnya menyapu, mengakuDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Lihat contoh pada kata dasar, bukan kata terbitan seperti menyapu dan mengaku.

Tatabahasa25.02.2016
Digraf adalah perkataan yang wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. soalan saya ialah adakah perkataan "bunganya" juga adalah perkataan digraf??Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan bunganya.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
"Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini.
Tatabahasa06.01.2015
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Tatabahasa13.05.2014
12

Kembali ke atas