Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nai.a.nai] | انا ي٢

Definisi : sj serangga spt semut, putih warna­nya, membuat sarang dlm tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order Isoptera; busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nai.a.nai] | انا ي٢

Definisi : serangga yg biasanya bersarang dlm tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yg dibuat drpd kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anai-anai

Puisi
 

Tetak tebu tiga batang,
     Patah sebatang digerit anai-anai;
Abang tipu kata nak datang,
     Air mata menjadi sungai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Bermaksud :

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti aseton, benzena dan xilena. Aldrin tahan haba, stabil kepada alkali dan asid lemah, dan banyak digunakan untuk mengawal serangga seperti anai-anai dalam tanah di tapak semaian dan di tapak bangunan. Di kebanyakan negara, penggunaannya dilarang. (HUT) aleuriogenesis (aleuriogenesis) Pembentukan aleurium atau aleuriospora pada miselium udara. (BIO) aleuriospore (aleuriospora) Merujuk kepada pelbagai

Kembali ke atas