Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/] | انق

Definisi : 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaansuatu kejutan pada akhir cenita. Kejutan inilah yang me- nimbulkan kesan yang ku-at di hati pembaca. Cerpen “Menganyam Kedukaan” membawa persoalan konflik antana suami isteni dan kesannya ke atas anak-anak yang tidak berdosa. Rajendran, menanggung pendenitaan akibat kenenali isteninya yang kasan, celopar dan bengkeng, baik tenhadap dininya mahupun tenhadap dua onang anaknya, Ravi dan Thevanai. Pendenitaan kedua-dua orang anak D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=228&hits=1199+119a+11b8+11d3+1223+1e31+1e32+22d7+2835+2836+2a4a+2a4b+2a6c+2a6d+2b2a+2b96+2bc3+2bd7+2bf8+2c4d+2c53+2c54+3020+3186+32ba+32c0+32df+3724+3c6f+3d61+3d78+3d83+3d9e+3da7+3dc4+3df1+3e93+3ff6+4106+4134+414b+414c+4170+4171+41bb+4200+4201+4236+4391+4455+4456+445d+4461+449b+45ee+4608+47f2+47f3+49f1+4a75+4a76+4ce0+4d8f+5131+51ae+52c3+5610+59a7+5e2a+5e5c+5ed6+5ee2+6039+608a+658a+662e+662f+69dc+69dd+6e7a+6fe1+7043+7044+7234+7235+7275+7276+7278+7279+73e3+73e4+7419+753f+7540+7592+75cf+75d0+7631+7632+764c+764d+76c7+76cc+770c+773b+7741+7749+774a+78e0+78e1+7aef+7af0+7ca0+8111+8112+839c+841a+8429+8431+8439+8447+847e+8482+8498+84f0+8503+850f+8520+8567+8868+894c+8997+89ad+8b3d+8bb5+8bb6+8bbf+9195+91ef+92d6+9319+934e+939b+939c+94c6+97da+9833+9876+9ae2+9e2b+a072+a70f+af77+b056+b07d+b496+b5d7+b5d8+b5eb+b5ec+b647+b648+b66a+b66b+b7ff+b84f+b87b+ba16+ba17+ba2a+bab0+bb10+bb11+bb2b+bb41+bbcf+bc6b+bd19+bdec+be52+be53+be95+bec1+bed6+bed7+bee2+bfba+bfbb+

Kembali ke atas