Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak lelaki;

Peribahasa

Jika memelihara ayam,
     musang jangan dijinakkan;
setidak-tidaknya bertempiaran kelak.

Bermaksud :

Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) Anak-anak lelaki talhah ialah/ adalah Muhammad as Sajjad, Imran, Isa, Ismail ....Anak-anak lelaki Talhah ialah Muhammad as Sajjad, Imran, Isa, Ismail ....Tatabahasa29.11.2011
sepasang anak lelaki kembar siam atau sepasang anak lelaki kembar Siam?Ejaan yang betul ialah sepasang anak lelaki kembar siam.Ejaan31.07.2013
Apakah penggunaan tanda baca perkataan anak lelaki/ anak perempuan yang betul? a/l atau a.l?Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l  dan a/p bagi anak perempuan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 29 dan 70).Lain-lain21.08.2017
Salam.. saya ingin kepastian.. perkataan BIN, BINTI, ANAK, ANAK LELAKI dalam suatu nama harus ditulis huruf besar atau kecil? Tq macam contoh Ali Bin Abu atau Ali bin AbuWaalaikumussalam, "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil. Contoh yang betul ialah Ali bin AbuEjaan05.11.2019
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih.Selamat sejahtera. 

Ayat yang betul ialah:
 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku.
3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku.
4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah.
5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku.

Ayat yang salah ialah:
1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 
Tatabahasa07.04.2013
"Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." Soalan: Boleh atau tidak perkatan "dengan" digunakan pada permulaan ayat? diharap pihat DBP dapat berikan penjelasan lanjut. terima kasih.

Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" -  Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya."

Tatabahasa27.05.2008
Perkataan BIN, BINTI, ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN dalam sesuatu nama, harus ditulis dengan huruf besar atau kecil?Untuk makluman, bin, binti, a/l dan a/p dieja menggunakan huruf kecil.Ejaan03.11.2015
Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat? 1) Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa akan pergi persidangan itu. 2) Puan Zuraini sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.Berikut merupakan ayat yang lebih gramatis.

1. Hanya Encik Munir dan Encik Mustafa yang akan pergi ke persidangan itu.
2. Puan Zuraini sangat runsing apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya.
Tatabahasa09.07.2013
salam... Dalam penulisan a/l... apa maksud tanda / Adakah tanda itu membawa maksud atau?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud a/l ialah kependekan anak lelaki (kepada).
Ejaan29.06.2020
12345

Kembali ke atas