Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis atau teruna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di mana bunga kembang,
     di situ kumbang banyak.

Bermaksud :

Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
job corpspasukan kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Kumpulan belia atau anak muda yang menganggur, diberikan latihan kemahiran atau profesional tertentu bagi mengisi keperluan pekerjaan. Antara bentuk kemahiran tersebut ialah latihan vokasional, akademik, kemahiran sosial dan sebagainya. Kumpulan ini kemudiannya diserapkan ke sektor awam mahupun swasta bagi membentuk suatu pasukan kerja untuk pembangunan masyarakat. Usaha mengumpulkan anak muda yang menganggur ini dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Pasukan kerja ini berasaskan kepada usaha kerajaan Amerika Syarikat bermula pada tahun 1964 yang cuba menangani masalah pengangguran pada masa itu.

delinquentdelinkuenSosiologiTiada1. Seseorang, biasanya anak muda yang berusia di bawah 18 tahun yang melakukan kesalahan.,2. Seseorang yang tidak dapat menunaikan tugas atau tanggungjawab yang diberi.
confessional poetrypuisi pengakuanKesusasteraanPuisiPuisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
lambdaging bebiri muda; anak bebiriVeterinarTiadaTiada
lambdaging bebiri muda; anak bebiriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaCerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
bobby vealdaging anak lembu muda bobiVeterinarTiadaTiada
European vealer feedlotfidlot anak lembu muda EropahVeterinarTiadaTiada
European vealer dietdiet anak lembu muda EropahVeterinarTiadaTiada
123

Kembali ke atas