Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak kpd isteri atau suami drpd perkahwinan yg terdahulu. menganaktirikan memperlakukan spt anak tiri (biasanya tidak disayangi): Ani dianaktirikan walaupun dia rajin membuat kerja-kerja rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak tiri

Puisi
 

Di tepi sungai ramai pemuda,
     Menangguk ikan di air keruh;
Apa salah berbini janda,
     Anak tiri boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas