Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ca.man] | انچمن

Definisi : sesuatu yg mengancam atau di­ancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ca.man] | انچمن

Definisi : sesuatu yg mengancam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ancaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi "coastal hazard"? Ia bermaksud fenomena fizikal yang mempunyai risiko untuk menyebabkan kerosakan, kehilangan nyawa dsb. Adakah "ancaman pantai" padanan yang baik? Terima kasih.Ancaman pantai” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk coastal hazard.Istilah13.12.2018
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan.Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2012
Salam sejahtera, 1) Tugas angkatan tentera "ialah" menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh negara. 2) Panjang sari ini "adalah" kira-kira enam meter. Pertanyaan: Adakah penggunaan "ialah" dan "adalah" dalam ayat-ayat di atas betul? Kalau tidak, sila cadangkan ayat yang gramatis. Terima Kasih.Salam sejahtera,

Ayat gramatis bagi kedua-dua ayat tersebut:

1. Tugas angkatan tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh.
2. Panjang sari ini kira-kira enam meter.
Tatabahasa19.04.2016
Salam, Saya ingin mendapat kepastian tentang ayat berikut betul atau salah. 1. Kita pergi dengan bas atau kereta? 2. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negeri. Saya perlukan penerangan kesilapan tatabahasa sekiranya ada. Terima kasih.

1. Ayat yang paling persis ialah "Kita pergi dengan menaiki bas atau kereta", manakala ayat "Kita pergi dengan bas atau kereta" lazimnya hany digunakan dalam bahasa percakapan. 

2. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negeri. - ayat ini betul kerana merujuk tempat. 

Tatabahasa03.03.2010
Kawasan perkampungan itu ___ akibat ancaman gajah liar. Apakah perkataan yang paling sesuai ?Sila nyatakan pilihan jawapan yang ada dan kami akan mengenal pasti jawapan yang tepat.Tatabahasa12.08.2013
1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracksi. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaranEjaan09.08.2006
Saya ingin bertanya tentang perkataan (maksud) yang berlawanan (kata lawan). Saya ingin menggunakan ayat ini sebagai tajuk kajian saya. "Waktu Bekerja: Antara Ancaman Dan ___". Ada tak perkataan selain daripada Keselamatan? Atau perkataan berlawanan itu juga bermula dengan huruf 'A'. Ayat ini akan digunakan sebagai tajuk kajian saya tentang kebaikan dan keburukan daripada penetapan waktu bekerja. Dalam kajian itu, saya menyentuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerja. Mohon pandangan Tuan Yang Bijaksana.Perkataan lain yang sama erti dengan keselamatan ialah, keamanan, kesentosaan dan kesejahteraan. Saudara boleh memilih mana-mana perkataan yang sesuai untuk dijadikan tajuk tersebut tidak perlu sama huruf pangkal dan akhirnya asalkan bertepatan dengan isi yang hendak disampaikan.Tatabahasa04.08.2011
Assalamualaikum Tuan, Mint jasa baik tuan untuk mengedit ayat dibawah ini supaya susunan ayat betul: Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Kami dari syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan cara melindungi Data Center dan Data-data yang sangat kritikal dari ancaman EMP serta lain-lain perlindungan seperti yang terdapat dalam kertas cadangan yang dilampirkan di dalam attachment file , sila rujuk dalam file tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengaturkan satu temu janji bagi kami memperjelaskan dengan lebih detail tentang cadangan ini Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan sila tuan/ puan hubungi kami di talian untuk tarikh temujanji : 60 14 228 3352 atau e-mail : hasbi@hby-cakradonya.com Sekian , Terima kasihWaalaikumsalam.
Ayat yang telah diedit ialah:
Salam Sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Kami dari Syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan cara-cara untuk melindungi pusat data dan data-data lain yang sangat kritikal dari ancaman EMP. Kami juga menyediakan perlindungan lain seperti yang terdapat dalam kertas cadangan dalam fail lampiran. Ssila rujuk dalam lampiran fail tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat mengadakan satu janji temu dengan kami supaya kami dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang cadangan ini.  Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami di talian 60 14 228 3352 atau e-mel hasbi@hby-cakradonya.com untuk tarikh janji temu. Sekian , terima kasih.
Tatabahasa17.05.2015
Saya ingin maksud ayat "ASSYMETRICAL THREATS" dalam bahasa Melayu, Terima KasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "asymmetrical threats" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "asymmetrical' yang padanan bahasa Melayunya ialah tak bersimetri atau asimetri. Istilah bahasa Melayu untuk "threats" ialah ancaman. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ancaman asimetri.Istilah11.04.2013
cari makna gengsterism? Nyatakan Jumlah kes gengsterism yang telah berlaku di sekolah? Apa sebabnya?
Ancaman gengsterismeAninah Janang dan Suria JanibDewan Masyarakat01/06/2007Terperinci
 Ancaman gengsterisme menggemparkanAlong_redlineDewan Masyarakat01/07/2007Terperinci
 Membanteras jenayah gengsterismeMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat01/06/2007
Lain-lain23.03.2008
12

Kembali ke atas