Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.né.ka] | انيک

Definisi : (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam, berbagai-bagai (jenis); beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~; keanekaan kepelbagaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.né.ka] | انيک

Definisi : /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aneka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aneka Seleksi menukami cadangkan Aneka Seleksi menu dipinda kepada Aneka Menu PilihanTatabahasa01.07.2014
Tuan, sila lihat ayat di sebelah dulu. 1. Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Saya hendak bertanya, kata sendi nama "dengan" dalam ayat (1) bermaksud apa? Adakah "dengan" bermaksud bersama-sama, atau menyatakan keadaan perbandingan yang sama? Saya merasakan ayat ini salah, kerana ayat ini tidak menepati semua maksud kata sendi nama "dengan". Saya berpandangan bahawa ayat ini harus dibetulkan menjadi: 2. Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Dalam ayat (2), kata sendi nama "oleh" bermaksud kerana, jadi "aneka makanan yang enak" menjadi sebab "Malaysia terkenal". Oleh sebab itu, kata sendi nama "oleh" saya fikirkan lebih sesuai digunakan dalam ayat yang saya berikan.Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Ayat ini betul dan telah mantap digunakan dalam kalangan masyarakat, berbanding dengan ayat Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Penggunaan kata sendi nama dengan dalam ayat tersebut boleh membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, iaitu cara Malaysia dikenali, lihat ayat 310 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa31.01.2015
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Tuan, Yang manakah jawapan yang betul bagi soalan aneka pilihan di bawah? ________ minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru. (A) Jangan (B) Tolong (c) Jemput (d) SilaAyat yang gramatis ialah 'Sila minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru.'Tatabahasa06.04.2011
Apakah kesalahan yang dapat dikesan pada papan iklan ini: "AIMAN ANEKA NIAGA"DBP menyemak papan tanda perniagaan yang mempunyai perkataan bahasa Melayu. Jika nama khas yang didaftarkan di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), DBP tidak melakukan pertukaran.Tatabahasa25.03.2014
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan.Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain".Tatabahasa23.09.2014
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ?Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri.Makna25.04.2019
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mengguankan frasa (istilah) “neka bahasa” dalam beberapa banyak tulisannya secara tekal. KD4 neka Kl sj talam. Mohon komen ringkas.Kata 'neka' bukan sahaja merujuk kepada makna yang saudara nyatakan bahkan kata 'neka' juga membawa makna 'aneka'. (Sila rujuk kamus bahasa Melayu Nusantara)Makna09.01.2009
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
Soalan ini pernah diajukan pada April 2022 dan dinyatakan status soalan tersebut selesai tanpa menyatakan jawapan. Berikut soalan tersebut: Terjemahan paling tepat bagi Rich Communication Services (RCS)? Rich Communication Services (RCS)[1] is a communication protocol between mobile telephone carriers and between phone and carrier, aiming at replacing SMS messages with a text-message system that is richer, provides phonebook polling (for service discovery), and can transmit in-call multimedia.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Rich Communication Services (RCS) ialah Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah09.02.2023

Kembali ke atas