Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angan-angan

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angan-angan menerawang langit.

Bermaksud :

Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Angan-angan dengan Gurindam"Rahman ShaariDewan Sastera1 January 2002
Angan-angan, cita-cita dan realitiJalaludin Abd. AzizPelita Bahasa1 February 2007
Angan-Angan Mat di JeninSamsiah Mohd. NorDewan Sastera1 October 2002
Angan-angan Mat Jenin ModenAbdul Razak Mohd. KassimPelita Bahasa1 March 2003
Angan-anganAzaika S. RKarya1 December 1998
Angan-AnganYusof LadiBahana1 February 1984
[Angan-angan]Anwar RidhwanDewan Sastra15 July 1975
Angan-angan dengan gurindam sajak pertama?Zainal Abidin BakarDewan Sastra15 December 1975
Khayalan, Angan-angan dan Impian dalam CerpenMuhd. Mansur AbdullahDewan Sastera1 July 2006
Falsafah dalam angan-angan Mat JeninAripin SaidPelita Bahasa1 May 1992
12

Kembali ke atas